Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, December 4, 2012

Gambar Wan Syarifah Nooraazmanita Ditangkap Khalwat


Memang sangat gempar apabila Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan telah ditangkap khalwat dengan ketua pengarah kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman. Berdasarkan maklumat, Wan Syarifah merupakan seorang jururawat dan juga merupakan isteri kepada orang lain.
 
http://1.bp.blogspot.com/-K4OxL9yH6zk/UKRFQkwGQOI/AAAAAAAAtRE/XaSDdmFOtvo/s1600/Capture.JPG
 
Petikan Akhbar Isu engarah Kesihatan Khalwat
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat. Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan. Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi.
 
ddd
 
Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu. Mereka membayar denda itu. Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini.
 
Maklumat Mengenai Wan Syarifah
ss

Bonus Bulan Disember 2012 Kakitangan Awam

 
Pembayaran Bonus Bulan Disember 2012 bagi Kakitangan Awam. Ini merupakan berita yang paling dinantikan oleh semua penjawat awam bagi persediaan anak-anak pada musim persekolahan tahun depan. Menurut sumber rasmi, kakitangan awam akan terima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500 pada bulan ini.
 
 
Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember ini manakala setengah bulan lagi pada Januari depan. Kerajaan pada Ogos lepas telah memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.
 
Pemberian bonus itu adalah hasil daripada penghargaan khas buat kakitangan awam dan juga persediaan musim persekolahan yang akan bermula Januari depan.

Enam Mata-Mata Yahudi Dibunuh



Gaza - Enam orang pemuda bertopeng ditembak mati di depan orang awam di perempatan Bandar Gaza hari Selasa 20/11 semalam. Para saksi mengatakan keenam orang yang dihukum mati di depan warga tersebut adalah mata-mata yang bekerja untuk Israel.

Seperti dilaporkan Associated Press (AP), kerumunan besar masyarakat mengerumuni keenam jenazah yang berlumuran darah itu setelah mereka ditembak mati.

Beberapa masyarakat menendang dan meludah mayat para informan Israel tersebut. Keenam mayat itu kemudian diikat pada sebuah basikal motor dan diseret melewati jalanan Gaza, sementara warga Gaza meneriaki "Mata-mata!, Mata-mata!".

Sayap tentera HAMAS Izzudin Al Qassam mengaku bertanggung jawab atas pembunuhan mati enam orang yang mereka tuding mata-mata itu. HAMAS menyatakan keenam orang itu dibunuh kerana memberikan maklumat kepada Israel tentang lokasi roket-roket dan lokasi para pejuang HAMAS.

Hukuman mati terhadap enam mata-mata Israel ini dilakukan HAMAS disaat serangan Zionis terhadap wilayah Gaza terus dilakukan.

Keenam orang itu ditembak mati pada Selasa petang semalam di perempatan jalan di persekitaran Sheikh Radwan Kota Gaza.

Saksi mengatakan, sebuah kereta jenis minibus berhenti di suatu tempat, kemudian empat lelaki bertopeng mendorong enam orang mata-mata keluar dari kereta. Salim Mahmud 18 (saksi) mengatakan kepada AP, para lelaki bertopeng mengarahkan enam mata-mata itu meniarap di tengah jalan, dan kemudian mereka ditembak mati.

Menurut warga Gaza, seharusnya keenam mata-mata itu dibunuh dengan cara yang lebih keji daripada hanya ditembak mati saja. "Mereka seharusnya dibunuh dengan lebih kejam, sehingga yang lain tidak berfikir untuk berani bekerja untuk penjajah (Israel)."

Salah satu mayat diseret dengan motosikal melewati jalan-jalan menuju ke sebuah rumah mangsa serangan Israel yang sedang bersedih.FB

Gambar Maimon Mutalib Kena Kanser Payudara


Gambar pelakon veteren Maimon Mutalib kena serang kanser payudara. Terkini, Maimon dimasukkan ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya. Ini merupakan berita sedih buat Kak Mon yang dulunya seorang pelakon yang berbakat. Kak Mon kini dikatakan tidak mampu bergerak kerana di pangkal pehanya seolah-oleh kejang.
 

 
Sejak mengetahui penyakit yang dihidapinya itu, Kak Mon berasa takut dan risau kerana tidak dapat bekerja lagi sebagai pelakon kerana bidang lakonan merupakan punca utama rezekinya. Beberapa artis lain turut meluangkan masa untuk melawat Kak Mon. Diharap beliau tabah mengharungi penyakit beliau dan semoga cepat sembuh.
 




Tarikh Beli Nombor Pin Kemasukan UPU 2013

 
Tarikh beli nombor pin atau unik ID kemasukan permohonan UPU 2013 akan dibuka mulai 7 Januari 2013. Turut disertakan cara untuk pembelian nombor pin tersebut. Untuk pengetahuan calon SPM dan STPM, anda sudah boleh mendapatkan nombor pin permohonan pada tarikh ditetapkan di Bank Simpanan Nasional (BSN).
 
 
Tarikh permhonan dan pembelian pin/unik ID ke IPTA = 7 Januari – 15 April 2013
Pin permohonan tersebut adalah penting untuk anda membuat permohonan UPU melalui laman www.upu.mohe.gov.my dan mengakses borang permohonan secara online.
Cara Beli Nombor Unik ID
1. Datang sendiri ke kaunter BSN
2. Harga untuk nombor unik ID tersebut adalah RM 10.60
3. Pastikan anda beli untuk permohonan lepasan SPM atau setaraf.
 

Sunday, December 2, 2012

Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2012 Kali Kedua

Kerajaan telah mengeluarkan pekeliling mengenai pembayaran bonus kakitangan awam 2012 buat kali kedua. Pembayaran ini dilaksanakan atas dasar menghargai sumbangan penjawat awam dalam sektor kerajaan. Ini merupakan berita yang dinantikan khusus kepada semua kakitangan awam di negara ini.
 
 
Kadar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi bagi keseluruhan tahun 2012 yang ditetapkan adalah sebanyak satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500.00 termasuk bayaran setengah bulan gaji yang telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2012.
 
Untuk mengetahui lebih terperinci mengenai Pekeliling tersebut. Sila baca dokumen yang dipaparkan di bawah ni.
 

Gambar Nur Fazura Sudah Pakai Tudung Labuh

Tahniah kepada Nur Fazura yang kini sudah pakai tudung labuh. Sebelum ni, dia hanya berhasrat untuk bertudung suatu hari nanti. Sekarang ni semuanya dah jadi kenyataaan apabila Fazura sendiri telah umumkan beliau kini sudah berhijrah ke arah yang lebih baik. Ramai sekarang ni artis yang dah menutup aurat pada tahun ni. Semoga perubahan mereka ni terus berkekalan dan bukan hanya bagai melepaskan batuk ditangga. Dia turut tampil dengan filem Bujang Terlajak dan dua drama sepanjang tahun ini, Tahajud Cinta serta Kitab Cinta. Kat sini kami turut kongsikan beberapa gambar Nur Fazura cantik bertudung labuh. Memang manis bukan ?


Gambar Naira Mikayla Nama Anak Pertama Nabil

Kami kongsikan gambar Naira Mikayla iaitu nama anak pertama Nabil Raja Lawak. Mesti ramai nak tahu apa nama yang diberikan oleh artis Nabil ni kepada anak perempuannya itu. Baru-baru ni, pasangan ni dah mengumumkan bahawa nama puteri sulung mereka diberikan nama Naira Mikayla. Sebelum ini Nabil tidak berkesempatan mencari nama yang sesuai untuk anaknya itu kerana Nazirah telah melahirkan anak mereka tiga minggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.


Kalendar Islam Tahun 2013 Di Malaysia

Berikut adalah kalendar dalam Islam 2013 di Malaysia. Takwim ini sangat berguna untuk semua umat islam mengetahui tarikh penting dalam Islam. Ini termasuklah antara peristiwa yang bermakna seperti Hari raya, Maulidur Rasul, Bulan puasa dan yang lain-lain. Untuk pengetahuan anda, kalendar ini boleh diguna pakai kerana ianya adalah keluaran rasmi daripada pihak JAKIM.
Takwim Islam Bagi Tahun 2013
Untuk juga boleh memuat turun atau download takwim islam 2013 dengan klik pada Takwim Hijrah 1434H
Tarikh Penting Dalam Islam 2013


Resipi Durian Crepe Paling Sedap Dan Terbaik

Kelazatan resipi Durian Crepe yang ingin kami kongsikan memang antara paling sedap dan terbaik. Fenomena Durian Crepe ni memang sangat memberansangkan di negara kita yang sememangnya penggemar Durian.
 
Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia gemar memakan durian dan secara jujur memang kelazatan durian hingga menjilat jari. Maklumlah sekarang ni musim Durian, jadi mesti ramai yang nak tahu bagaimana cara untuk menyajikan Durian Crepe yang paling lazat tu sebab harga pun murah.
 
Cara Membuat Durian Crepe

Bahan-Bahan

  1. Isi Durian (Buang Biji)
  2. 50g Tepung Gandum
  3. 1 Penutup Esen Vanilla..
  4. Pewarna ( Terpulang )
  5. 1 Sudu Besar Tepung Ubi Kayu
  6. 1 Biji Telur
  7. 3 Sudu Kecil Butter (Cairkan)
  8. 160 ml Air
  9. 40 ml Susu Cair
  10. 2 Sudu Besar Gula Halus
CARA MEMBUATNYA :
Dalam bekas, campurkan tepung gandum dengan tepung ubi ( di ayak kedua-duanya terlebih dahulu ) , masukkan sekali gula halus atau gula kastor

Kemudian.. tuang susu cair keatasnya.
Kacau sebati dgn menggunakan whisker
Selepas itu, masukkan pula telur yg dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu. Telor tu just kacau-kacau gitu je tau, bukan pukul sampai kembang. Lepas masukkan telor tu sila kacau sebati.
Seterusnya, masukkan esen vanilla.. kacau lagi
Masukkan pula air.. kacau lagi.
Pastu lak, masukkan butter cair.. kacau
Masukkan lak pewarna
Adunan yang dah sebati
Last step, sila tapiskan adunan tersebut.
Adunan ni nampak macam sikit, tapi sebenarnya ia mampu menghasilkan 13 – 14 keping crepe tau.. tapi bergantung kepada saiz yg korang buat la.
JOM BELAJAR CARA MASAK CREPE :
Memula, sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ).. panaskan dgn guna api yg kecil.. api jgn besar2 tau, kang cepat hangus lak crepe korang.
Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan. Tuang dgn lemah lembut.. bentukkan adunan menjadi bulat
Masak sampai bahagian bawah adunan tu mcm nak kering.. kering tau, bkn hangit.. adunan ni JANGAN di terbalikkan masa proses memasak.
Bila dah masak, korang lekangkan keliling crepe tu dgn sudip atau sudu, pastu pindahkan ke atas bekas dgn cara terbalikkan macam gambar di atas .
Hasilnya, permukaan crepe yg kering di bahagian atas, yg licin di bahagian bawah.
BAHAN INTI :
Gunakan whipping Cream
Putar whipping krim/fresh cream sampai kental.
CARA MENGGULUNG CREPE :
Memula, letak sesudu kecil krim, isi durian.
Lapiskan semula dgn krim.. takyah banyak-banyak sangat.
Pastu tarik kulit kiri dan kanan dgn berhati-hati.
Pastu tarik kulit crepe bahagian atas ke bawah, bahagian bawah ke atas.. paham kan..?? Jangan tekan-tekan inti tu
Kemudian terbalikkan.. dan ni hasilnya.
 
Kalau anda nak belajar resipi ni, boleh juga dibuat untuk peluang perniagaan sebab permintaan terhadap Durian Crepe ni agak tinggi. Selamat mencuba kepada semua. Resipi ini dikongsikan oleh MyloveFamily Blogspot


Gambar Terowong Rahsia Di Palekbang Tumpat Kelantan

Gempar penemuan terowong rahsia di Palekbang Tumpat Kelantan. Turut dikongsikan beberapa keping gambar penemuan misteri itu. Menurut sumber, terowong itu telah ditemui oleh beberapa orang kontraktor yang sedang membuat pembinaan di kawasan tersebut. Ini merupakan berita yang gempar bagi warga kelantan dimana sebuah landskap yang tidak pernah wujud itu ditemui tanpa sengaja. Sehubungan itu, pihak bomba dan arkeologi sedang giat untuk membuat penyiasatan mengenai terowong yang dikatakan tinggalan Jepun di tanah melayu. Pihak bomba juga telah menyedut air keluar daripada terowong tersebut dan telah menemui serbuk bahan letupan. Ini menguatkan lagi fakta bahawa ianya adalah terowong zaman perang.

Ada sumber yang mengatakan bahawa Palekbang adalah sebuah pelabuhan pada zaman dulu. Nampaknya banyak lagi misteri yang perlu dirungkaikan dan kami yakin bahawa laporan rasmi mengenai terowong purba ni akan disiarkan tidak lama lagi oleh pihak berkuasa.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More