Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Saturday, December 31, 2011

Chef Wan Nak Tutup Facebooknya Kerana Maharaja Lawak Mega

Chef wan dikatakan nak tutup facebook rasminya setelah pelbagai kontroversi yang dilandanya ketika jadi juri Maharaja Lawak Mega. Apapun, Maharaja Lawak Mega sudah pun berakhir namun segala pengalaman pahitnya jadi juri masih lagi dalam ingatan.

Sebelum ni, Chef wan bergaduh dan perang mulut dengan Adlan Aman Ramli. Tidak lama selepas itu, Afdlin shauki pula meluahkan pendapat rasa tidak puas hatinya di facebook dan pergaduhan antara chef wan dan Afdlin pun bermula.


Pada pagi tadi, Chef melalui statusnya difacebook ingin tutup facebooknya setelah tidak tahan dilanda kontroversi. Jom pergi ke page rasmi Chef Wan

Koleksi Ucapan SMS Selamat Tahun Baru 2012 Terbaik



Berikut adalah koleksi ucapan SMS selamat tahun baru 2012 yang boleh dikatakan terbaik untuk dikongsikan bersama. Selamat tinggal 2011 dan mulakan kehidupan dan azam yang bari pada tahun 2012 yang akan menyapa kita. Disini saya kongsikan beberapa koleksi ucapan selamat tahun baru 2012. Hantarlah mesej ni kepada sahabat dan keluarga anda.

Koleksi Ucapan Selamat Tahun Baru 2012
Semoga damai dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidup Anda dan cahaya jalan Anda melalui Tahun Baru. Berharap anda dan keluarga anda selalu selamat dan bahagia. Selamat Tahun Baru 2012.

Jadilah lilin. Jadilah cahaya. Jadilah sinar dalam gelap. Jadilah inspirasi & membuat perbezaan besar dalam hati lain, Selamat Tahun Baru 2012.

Hari ini adalah kesempatan baik untuk berdoa, untuk peduli, mencintai, untuk tersenyum, untuk mengatakan, Selamat Tahun Baru 2012.

Sebelum operator sibuk, sebelum SMS pending, sebelum bateri low, aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2012.
Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang tak bererti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna. Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat. Selamat tahun baru 2012.

Malam ini ‘kan berlalu, minggu ini ‘kan beranjak, bulan ini akan pergi, tahun ini ‘kan meninggalkan. Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka, menyongsong tahun baru. Selamat tahun baru 2012. Semoga selalu berjaya dan sejahtera.

Matahari menyelinap dibalik bukit, sembunyikan kenangan hidup, menyimpan lembaran usang, menyambut hari-hari muda, sebentar lagi akan menjelang. Selamat datang tahun baru 2012, harapan baru dan perubahan.

Malam ini akan berlalu, minggu ini akan beranjak, bulan ini akan pergi, tahun ini akan meninggalkan. Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka, menyongsong tahun baru. Selamat tahun baru 2012. Semoga selalu berjaya dan sejahtera.

Incoming search terms:

  • selamat tahun 2012 (1)
  • selamat tahun baru (1)

Friday, December 30, 2011

Video Pengasas Nuffnang Timothy Tiah Melamar Kekasih

Pengasas Nuffnang Timothy Tiah melamar Kekasihnya Audrey Ooi memang romantik. Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya. Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.


Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu. Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran. Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.

Salah satu poster itu menyatakan: “Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin.” Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Boots dengan mata seperti merayu dengan ayat: “Sudikah anda berkahwin dengan saya.”

Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga. Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu. Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi.
Untuk tonton video tersebut sila layari VIDEO TIMOTHY TIAH LAMAR KEKASIH

Chef Wan & Afdlin Shauki Pula bergaduh Di Facebook

Nampakya sekarang ni Chef wan bergaduh pula dengan Afdlin Shauki. Kalau sebelum ni, Chef wan bergaduh dengan Adlin gara-gara tidak puas hati Adlin tentang komen pedas yang diberikan terhadap persembahan Adlin di Maharaja Lawak Mega.

Kali ni, masalah yang sama melanda Chef wan Dan Afdlin Shauki pula. Afdlin secara tidak langsung meluahkan rasa tidak puas hati terhadap juri Chef Wan di Facebook.

Thursday, December 29, 2011

Seks Wanita Menurut Kamasutra Jawa


Masyarakat Jawa Kuno telah mengenal dua macam tipe wanita yang pantas dinikahi:

1. Tipe Padmanagara
Tipe ini memiliki ciri-ciri sebagai berikut:
a. lambe iwir manggis karengat (bibir bagaikan buah manggis terbuka)
b. liringe sor madu juruh (kerling matanya mengalahkan manisnya juruh madu)
c. sor tang nyuh danta santene (payudaranya mengalahkan kelapa gading)
d. wangkong iwir limas angene (pantat bagai limas yang baik)
e. wentis iwir pudak angrawit (betis bagai bunga pudak yang mempesona)
f. dalamakan gamparan gading (telapak kaki seperti gamparan gading)
g. adege padmanagara (tubuhnya seperti padmanagara)
h. lumampah giwang lan gangsa (lenggangnya beralun senada gamelan, seperti seekor angsa)
i. panepi iwir patrem konus (pinggang bagai patrem terhunus)
j. pupu iwir pol ginempotan (paha bagai daun palma yang diserut halus).

2. Tipe Nariswari
Tipe ini memiliki ciri-ciri: murub rahasyanipun (menyala rahasianya).
Ciri-ciri lainnya berkaitan dengan tingkat spiritualitas dan inner beauty wanita.
Ken Dedes merupakan contoh tipe ini.

Adapun tipe wanita jawa ideal adalah sebagai berikut:
1. Kusuma Wicitra
Ibaratnya bunga mekar yang sangat mempesona, yang siap untuk dipetik. Wanita yang ideal sebaiknya mempersiapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan dan agama, mengharumkan dirinya dengan perbuatan baik, menjaga kehormatan dan kesucian dirinya.
2. Padma Sari
Ibaratnya bunga teratai yang sedang mekar di kolam. Bunga teratai dalam budaya Jawa merupakan simbul kemesraan, sehingga yang dimaksudkan dengan wanita ideal dalam konsep ini adalah wanita cantik yang penuh kasih mesra hanya bila bersama dengan suaminya.
3. Sri Pagulingan
Ibaratnya cahaya yang sangat indah di peraduan/singgasana raja. Wanita yang ideal sebaiknya tidak hanya cantik jasmaninya, namun juga dapat mempersembahkan dan menunjukkan kecantikannya hanya kepada suaminya ketika berolah asmara di peraduan.
4. Sri Tumurun
Ibaratnya bidadari nirwana yang turun ke dunia. Wanita yang ideal sebaiknya cantik raga dan jiwanya. Ini dibuktikan dengan kesediannya untuk “turun”, berinteraksi dengan rakyat jelata, kaum yang terpinggirkan untuk menebarkan cahaya cinta dan berbagi kasih.
5. Sesotya Sinangling
Ibaratnya intan yang amat indah, berkilauan. Wanita yang ideal sebaiknya selalu dapat menjadi perhiasan hanya bagi suaminya, sehingga dapat memperindah dan mencerahkan hidup dan masa depan suaminya, juga keluarganya.
6. Traju Mas
Ibaratnya alat untuk menimbang emas. Ini merupakan simbol wanita setia yang selalu dapat memberikan saran, pertimbangan, nasihat, demi terciptanya keluarga yang sakinah.
7. Gedhong Kencana
Ibaratnya gedung atau rumah yang terbuat dari emas, dan berhiaskan emas. Ini merupakan simbul wanita yang berhati teduh dan berjiwa teguh sehingga dapat memberikan kehangatan dan kedamaian bagi suami dan keluarganya.
8. Sawur Sari
Ibaratnya bunga yang harum semerbak. Wanita yang ideal sebaiknya dikenal karena kebaikan hatinya, keluhuran budi pekertinya, kehalusan perasaannya, keluasan ilmunya, kemuliaan akhlaknya. Kecantikan fisik dan kekayaan harta yang dimiliki wanita hanya sebagai pelengkap, bukan syarat mutlak seorang wanita ideal.
9. Pandhan Kanginan
Ibaratnya pandhan wangi yang tertiup angin. Ini merupakan simbul wanita yang amat menggairahkan, menawan, dan memikat hati. Dapat dilukiskan sebagai: tinggi semampai, berparas cantik, berkulit kuning langsat, berbibir merah alami, berpayudara montok, murah senyum, tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus, dapat memberikan keturunan.

Dalam Serat Yadnyasusila dijelaskan tentang tiga hal yang harus dimiliki oleh seorang wanita agar dapat menjadi wanita idaman:
1.Merak ati atau mrak ati
Berarti: membina kemanisan dengan mempercantik dan merawat diri (ngadi warni), memperindah busana (ngadi busana), berwajah ceria (ngadi wadana), murah senyum (sumeh), santun dalam bertutur kata (ngadi wicara), dan sopan serta luwes dalam berperilaku (ngadi solah bawa).
2.Gemati
Berarti siap untuk merawat, mengasuh, mendidik putra-putrinya, mengatur rumah tangga, melayani suami dengan penuh keikhlasan.
3.Luluh
Berarti mampu selalu menyenangkan hati suaminya, selalu menyediakan waktu setiap hari untuk suami dan anak-anaknya, sabar dan gembira saat mengasuh anak-anaknya, dan selalu berusaha menciptakan keseimbangan dan keharmonisan dalam keluarganya.

Untuk memilih (menikahi) wanita, dalam tradisi Jawa ada beberapa faktor yang biasanya menjadi bahan pertimbangan:
1.Bibit
Berkaitan dengan kecantikan wanita baik secara lahiriah maupun batiniah.
2.Bebet
Berkaitan dengan kemampuan dan kekayaan ayah wanita yang akan dinikahi.
3.Bobot
Berkaitan dengan asal-usul atau keturunan wanita yang akan dinikahi.

Menelusuri Seni Bina Kaabah


Seni bina Kaabah
Kaabah ialah sejenis binaan yang berbentuk kiub. Tingginya kira-kira 13.10 m (42.98 ka), dengan sisi selebar 11.03 m (36.19 ka) kali 12.86 m (42.19 ka).[1][2]

Pintu Kaabah
Binaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pada mulanya mempunyai 2 pintu (Bab ul Kaabah) iaitu Pintu Timur dan Pintu Barat. Kedua-dua pintu itu dibina rapat hingga ke tanah. Namun begitu, mengikut catatan sejarah, kedua-dua pintu itu berubah-ubah kedudukannya serta bilangan pintunya jua.


Kini, hanya terdapat satu buah pintu sahaja di Kaabah, iaitu yang terletak di sebelah timur laut. Ketinggiannya dari aras lantai ialah 2 meter dan pintu itu diperbuat dari emas tulen seberat 280 kg yang telah menelan belanja melebihi 13 juta Riyal Arab Saudi. Pintu ini boleh dicapai dengan tangga kayu beroda yang disimpan di dalam Masjidil Haram.

Bumbung Kaabah
Bumbung Kaabah atau atap Kaabah, ialah suatu binaan konkrit yang terletak di atas Kaabah. Pada awalnya, Kaabah tidak memiliki bumbung, namun orang Arab Quraisy yang menetap di sekitar Kota Makkah telah membina atap ini bagi mengelakkan ruangan dalaman Kaabah daripada kepanasan dan kebasahan. Pada waktu ini, Kaabah memiliki dua lapisan atap (satu pada bahagian atas dan satu pada bahagian atas). Permukaan atas Kaabah dilapisi dengan marmar putih dan dikelilingi dengan tembok kecil yang menyatu pada dinding-dinding Kaabah.




Tembok itu berketinggian 80 cm yang mampu menjadi bahan pautan kepada tali-tali Kiswah di bahagian atas (bahagian tali Kiswah bawah diikat pada Syazarwan). Di bahagian atas atap juga terdapatnya sebuah pintu yang berukuran 1.27 X 1.04 m. Pintu ini ditutup menggunakan papan yang diperbuat dari besi baja.

Pintu ini menghubungkan dengan Pintu Taubat yang berada di sebelah kanan dalam Kaabah melalui anak-anak tangga dalaman Kaabah. Pada kebiasaannya di musim Haji, para petugas Masjidil Haram dan para sukarelawan Makkah akan naik ke atas bumbung Kaabah bagi memasangkan Kiswah dan membersih dan mencuci bahagian dalaman, luaran dan atasan Kaabah.

Korang Buat Apa Kalau Tension? Jom Tengok!!!


Aku tulis entry ni untuk kawan aku..nama dia pocoyo (bukan nama sebenar k hehe).dia ckp dia tension sgt bnyk keje kt opis..normal lah tension..semua org tension. Jgn kata manusia kucing pun tension gak kalau dia lapaq lah.hee.ada org tension sbb stdy..ada org tension sbb tak kawin2 lg..ada org tension sbb perut makin boroi..mcm aku plak aku makin tension sbb paha aku makin besaq hehe..aku mkn bnyk tp badan aku tak besaq cuma paha je hehe.huhu kena jogging ni

Apa korang buat kalo stress? So here what can u do when stress..ckp omputih sikit hehe

1. Menjerit
Ini mesti korang slalu nmpk dlm tv kan
g bukit ke tmpt tinggi ke then jerit mcm org gila hehe
paling senang dlm tandas haha....
Korang g zoo pastu jerit kt sana hehe

2. Nyanyi puas2 atau dgr music
x kira r bilik air ke.bilik tidur ke.kt karaoke ke.
abaikan roomate korang atau jiran korang janji korang hepy..dorang plak tension hehe
Kan aku ckp kucing pun tension gak kihkih

3. Makan!!!
Ada org kata bila stress dia mkn bnyk dpt release tension
aku tak leh mkn bnyk sbb nanti aku makin tension hehe
nanti berat badan naik makin tension..mkn sayur bnyk2 takpa

4. Lepaskan amarahmu itu!!
Yg ni bahaya skit..bile tension je rasa nak marah kan
bende simple pun leh marah
jaga lah hati org sekeliling
salah marah hilang kawan beb
apa kata korang p marah meja ke bangku ke..tiang ke..
tp make sure org takde
baby pun tak terlepas dr tension hehe

5. Tidur
Part ni paling best..ramai org kalau tension dorang akn tidoq
termasuk aku kot..
cuba korang tgk kucing bnyk tidoq gak kan hehehe


6. Shopping atau tgk wayang
kaedah ni hati2 sikit..sbb kalau terlebih shopping nanti korang makin tension
ye lah duit abis bnyk plak hehe..tgk wayang pun kena tgk citer yg best
baru leh hilang tension..aku syor citer mr bean hehe
Jgn terkezut kucing pun g shopping hehe

7. Exercise!!
Doktor sakit jiwa pun ckp kalau tension exercise
kenkadang exercise dpt kurangkan rasa tension tu
g lah main badminton ke..boling ke..futsal ke

8. Solat dan doa
Ini lah cara yang paling terbaik antara semuanya..
kenkadang kita tension sbb kita jauh dari tuhan
Dekat kan diri dengan tuhan insyallah tension akan hilang
Wat solat hajat mintak permudahkan


P.S :- Hope pas korang baca entry ni korang dh kurang tension lah ye hehe..ada bnyk g cara tapi aku malas dh nak menaip..tension beb hehe =_=

50 Fakta Menarik Tentang Lelaki & Wanita


1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada
waktu malam.

2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi
laki-laki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat
mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki-
laki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari
itu.

6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.

7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari
( misal : penggunaan alat baru ).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar,
mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih
banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan
lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit
yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih
hangat.

11. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara
pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan.
Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi )
dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi
perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon
estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh (
yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.

14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan
masin lebih rendah pada wanita.

15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, laki-laki dua kali
lebih banyak.

16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia
45 tahun daripada laki-laki.

17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut, pada usia
yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan
disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki-
laki ).

18. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata
wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak,
antara usia 16 - 44 tahun.

20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita.
Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding
laki-laki.

21. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita
usia 37.

22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang
dibanding laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran
napasnya 30 % lebih besar.

23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling
berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi
negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Laki-
laki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang
geraknya.

24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, laki-laki
menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita
cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan
tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4
bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma
hingga usia tua.

26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada
wanita.

27. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 %
pada wanita.

28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, laki-laki 113 detik.

29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 %
wanita, 49 % lelaki.

30. Satu berbanding empat, wanita dibanding laki-laki yang berbicara
gagap.

31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.

32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.

33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama
jenis, laki-laki langsung menemui, wanita menjauhi.

34. Rata-rata laki-laki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi
lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada laki-laki.

35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding
laki-laki setelah usia 65 tahun.

36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah,
wanita warna biru.

37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat
tinggi, lompat jauh dipegang atlet laki-laki.

38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri "Saya" dibanding
laki-laki.

39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur
ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (
abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.

40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah
menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih
sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga
pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya
kholestrerol.

41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali
lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan
usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.

43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada
lelaki.

44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda laki-laki dibanding
wanita yang meninggal karena kanker paru-paru dan penyakit jantung.

45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena
kanser payudara pada tahun 1990.

46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup.
Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup
sendiri.

47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki-
laki, 95 % penghuni penjara adalah pria.

48. Penelitian di England, anak laki-laki lebih mudah
dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.

49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya
secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.

50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian
yang dipakai.

Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher Lelaki




Tali leher memang mempunyai gaya dan fesyennya tersendiri, seperti halnya pakaian yang lain. Anda memang bebas memilih warna dan corak tali leher sesuai dengan trend yang sedang berlaku. Namun, agar tidak salah tampil, anda perlu memahami erti corak dan warna tali leher seperti disenaraikan.


Biru
Warna paling popular sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan.


Merah
Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualiti seseorang.


Oren
Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya.


Hitam
Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegan.


Kelabu
Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu.


Kuning
Muda, penuh harapan dan bahagia.


Hijau
Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk dimengerti, tapi jujur.


Cokelat
Warna yang kelihatan agak kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya bisnes yang kuat.


Bergaris
Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.


Polkadot
Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar, bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik


Bercorak gelombang
Menggambarkan kebebasan dan santai. Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks.

Memahami Al-Quran

Bismillahirahmanirahim...

http://chromosome.files.wordpress.com/2011/08/al-quran-yang-mulia.jpg?w=275&h=183

Segala Puji bagi Allah SWT yang Maha Menguji akan hamba2Nya. Dikatakan Dialah yang Maha tahu setiap kemampuan hamba2Nya, Dia Maha Teliti – Dia menguji sesuai dengan kemampuan hamba2Nya.

Dialah yang menciptakan kehidupan supaya manusia diuji siapa yang lebih baik amal perbuatannya. Dan berilah khabar gembira kepada orang2 yang beramal soleh, dengan syurga2 yang di dalamnya terdapat sungai2 yang mengalir dan isteri2 yang suci. Walau apa pun situasi, senang mahupun susah, semua itu ujian. Malangnya, kita selalu lupa kita sedang diuji. Maka kita jarang bertindak sesuai dengan ujian itu. Maka berilah peringatan, kerana peringatan itu berguna untuk orang2 yang beriman.

Allah menyeru supaya kita melihat setiap sesuatu sesuai dengan kehendakNya. Dan bertindak sesuai dengan perintahNya. Sungguh2 Dia Maha Mulia. Dia menyeru kita bersihkan diri kita dari dosa dan kejahilan.

Allah menurunkan permulaan Al Quran pada bulan Ramadhan sebagai petunjuk, berserta penjelasan2nya, supaya manusia dapat membeza antara yang betul dan yang salah. Bacalah keadaan sekelilingmu! Bacalah dengan nama TuhanMu yang Maha Mulia.

Dia telah mudahkan Al Quran supaya kita mengambil pelajaran.  Sebahagian besar kandungan Al Quran terdiri dari ayat2 muhkamat, iaitu “yang jelas”. Hanya sebahagian kecilnya terdiri dari ayat2 mutasyabihat – “samar2″. Maka kenapa kita tidak berfikir?
Katakanlah Wahai Muhammad, Bahwa Aku amat dekat! Berdoalah, nescaya Aku perkenankan…

“Ya Allah, berikanlah kami ilmu yang bermanfaat. Kurniakanlah kami Taufiq dan Hidayah-Mu Ya Allah… Dan matikanlah kami dalam kematian yang baik. Amin”…

Wednesday, December 28, 2011

Gambar Percutian Yuna Dan Teman Lelakinya Di Eropah

Mari lihat gambar percutian Yuna dan Qi di Eropah. Bukan main mesra lagi Yuna ni bersama dengan kekasih gitu. Untuk pengetahuan, Yuna tidak lama lagi akan melancarkan album barunya berjudul Terukir di Bintang yang akan dikeluarkan pada Januari 2012 nanti. Sebelum tu, jom layan beberapa keping gambar yuna dan kekasihnya.












Tuesday, December 27, 2011

Mengingati Mati...

Bismillahirahmanirahim,

Setiap yang bernyawa pasti mati. Itulah ketetapan Allah SWT atas semua makhlukNya. Sewaktu Malaikat menghembus Roh ke rahim ibu seusia bayi 120 hari, Malaikat bertanya kepada Allah SWT..seperti diriwayatkan dalam hadis di bawah..

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW., beliau bersabda, “Allah SWT menugaskan satu malaikat untuk menjaga rahim (ibu). Kemudian (malaikat itu berseru), ‘Wahai Rabbku, setetes mani (telah masuk). Wahai Rabbku, (sekarang) telah menjadi darah, Wahai Rabb-ku, (sekarang) telah menjadi segumpal daging.’ Kemudian apabila berkehendak untuk menyempurnakan penciptaan-Nya, maka malaikat itu bertanya, “Wahai Rabbku apa yang harus hamba tulis mengenainya, laki-laki atau perempuan? Apakah ia orang yang akan bahagia atau orang yang celaka? Bagaimana rezekinya? Bagaimana ajalnya?” Lalu ditulislah semua ketentuan (takdir) baginya ketika ia masih dalam kandungan ibunya.”

Sudah pun ada tertulis tarikh ajal kita, sekian hari sekian bulan dan sekian tahun. Di mana dan asbab apa kita meninggal. Malah, untung nasib kita di akhirat juga sudah di tulis. Cuma..Menjadi tugas kita untuk beribadah, mudah2an kita tergolong dalam orang yang ditakdirkan sholeh. Menjadi tugas kita untuk berdoa dan berharap, mudah2an kita tergolong dalam orang yang memperoleh takdir yang baik dan kematian husnul khatimah.

Menjadi tugas kita untuk selalu ingat mengingati, bahwa kita akan mati. Allah yang Maha Bijaksana, telah menjadikan saudara2 dan kawan2 kita yang terdekat Mati mendahului kita, supaya menjadi peringatan untuk kita. Mungkin, orang yang kematian anak seperti saya, lebih2 lagi Allah mahu saya mengingati mati. Mati itu dekat. Bila2 saja ajal akan tiba. 1001 asbab adalah mudah bagi Tuhan untuk mematikan kita. Usah tertipu dengan kesihatan yang baik, tubuh yang kuat, dan rekod perubatan yang baik. Tuhan tidak memerlukan semua itu.

Dunia adalah ujian…yang dijadikan Allah supaya Dia menguji Manusia, siapa yang lebih baik dan taat kepada Tuhannya. Dunia ini mempunyai seribu satu jalan yang boleh menarik manusia ke dalam lingkaran yang menghayutkan manusia. Siapa yang berada dalam lingkaran tersebut, dia berputar2 dan bergerak mengikut alunan dunia. Dunianya menjadi sempit, hidupnya terpesona dengan kilauan. Hanyut dan lalai hingga tamat permainan. Kemudian dia tersedar, bahwa dia tertipu dengan Dunia!

Ya Allah.. berilah hamba2Mu ini kekuatan dalam iman dan taqwa dalam mencari jalan yang lurus.
Saya berpesan pada diri saya, keluarkan diri dari kecintaan pada dunia.. dunia bukan tempat tinggalmu. Ia sebah persinggahan. Jadilah seperti Rasulullah, ketika di dunia, hati dan jiwanya sentiasa memikirkan akhirat. Lihatlah dunia seolah ia berada di tangan mu. Perlakukan lah ia untuk mencapai hajat mu..

Ya Allah.. berilah kami nikmat mengingati Mati. Selamatkanlah kami dari fitnah2 dunia. Amin Ya Rabb!..
T.M: 24 Ramadhan 1430
 
Imam Al-Ghazali:
‘Orang yang paling banyak mengingat kematian dan paling siap menghadapinya. Mereka itulah orang-orang cerdas. Mereka pergi dengan membawa kemuliaan dunia dan kemuliaan akhirat’. ” (HR Ibnu Majah)
 
Kerana itu hai jiwa, anggaplah dirimu itu sudah meninggal dunia, kemudian kau telah dikembalikan oleh Allah ke dunia. Jadi tidak patutlah kalau kau menambah perkara-perkara yang berdosa yang dimurkai oleh Allah. Mulai saat ini janganlah kau sia-siakan kasih sayang Allah itu, maka janganlah disia-siakan hari yang berupa tambahan rahmatNya.
 
Bersegeralah melakukan amal soleh yang diredhaiNya. Ingatlah wahai jiwa yang miskin! Sesungguhnya setiap hembusan yang kau keluarkan melalui hidungmu itu sebenarnya adalah suatu permata yang tidak dapat dibandingkan harga serta nilainya sebab amat tinggi harganya.

Mengenal Ujian Hidup – Wanita

Bismillahirahmanirahim,

Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”.
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
 
Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan.
 
Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka. Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.
 
“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (QS. Al Hadid: 20)
 

Ingatilah kerendahan mutu segala kesenangan dan kemewahan yang ada di dunia dan kesingkatan masanya, berbanding dengan segala nikmat akhirat yang kekal abadi.


reference:
http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=23&j=1
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=547

Peringatan Salaf As-Soleh Tentang Waktu

 

Wahai anak Adam! Sesungguhnya dirimu adalah hari-hari yang engkau lalui. Apabila berlalu satu hari maka berlalulah sebahagian daripada dirimu!

Paragraph Separator Break Clip Art

Wahai anak Adam! Siangmu itu adalah tetamumu. Maka berbuat baiklah kepadanya kerana sekiranya engkau berbuat baik kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia memujimu.

Paragraph Separator Break Clip Art

Dan sekiranya engkau berbuat jahat kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia mencelamu. Begitulah juga halnya dengan malammu.

Paragraph Separator Break Clip Art

Dunia ini hanya ada tiga hari sahaja: semalam, esok dan hari ini. Adapun semalam, maka ia telah pergi membawa apa yang ada di dalamnya. Esok pula, mungkin engkau tidak sempat menyusulinya. Dan hari ini, itulah untukmu. Maka beramallah pada hari ini.

Al-Hasan al-Basri

Allah Mengajarkan Kita Agar Buat Perancangan

Bismillahirahmanirahim,

Semoga pengkongsian ini memberi kebaikan pada saya dan juga sahabat semua.
Allah berfirman:
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (59:18)

Antara maksud ayat ini, selain Allah menyuruh kita memikirkan bekalan untuk hari Akhirat, melalui ayat ini juga Allah menyuruh kita lihat apa yang kita buat hari ini untuk esok, dalam satu perkataan lain  Allah menyuruh kita “Planning” untuk hari esok (masa hadapan). Kepandaian kita planning untuk hari esok (masa depan) di dunia ini dapat menolong kita berjaya juga di akhirat.


Kata2 yang terkenal – “Fail to plan is Plan to fail”… bermaksud, gagal merancang bermakna merancang untuk gagal…
Memang kita semua tahu bahwa planning ini penting – namun hairannya kita masih juga tak dapat buat plan!! Tahukah kenapa???
Allah membuka rahsiaNya melalui kalamNya – lihatlah bagaimana Allah menyusun firmanNya dalam ayat di atas;
Allah mulakan dengan turutan,
  1. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah
  2. hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat);
  3. dan bertakwalah kepada Allah,
Perintah (2) diapit dengan perintah bertakwalah dalam (1) dan (3). Antara maksud bertakwa adalah ‘takut’. Bertakwa kepada Allah, bermakna takut kepada Allah dengan mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya. Takut (fear) adalah kunci kepada membuat perancangan! Percayalah, kita tidak buat Plan kerana kita tidak berasa takut!

Perasaan sambil lewa adalah lawan kepada perasaan takut. Orang yang takut tidak akan sambil lewa. Contoh, orang yang takut anaknya tidak ada kasut baru dan beg baru bila masuk sekolah, dia akan mula memikirkan bagaimana untuk memperolehkan wang, berapa wang yang diperlukan, dan bila dan sempatkah dia membelinya sebelum sesi sekolah bermula. Lain pula orang yang sambil lewa (tidak takut), tidak dikesahnya.

Jadi kunci kepada mula membuat Plan adalah memikirkan kesan2 jika kita gagal – kita akan mula merasa takut.
Begitu jugalah Allah ulangi suruhan bertakwa pada (3) , supaya kita takut pula kalau kita tidak laksanakan Plan yang kita sudah lakukan. Dalam kata lain, kunci untuk kita mula laksanakan Plan kita juga adalah – merasa takut apa yang akan terjadi jika kita tidak buat apa yang sudah kita plan!
Allahu a’lam,


Monday, December 26, 2011

Gambar Lambang Kalimah ALLAH Pada Puntung Rokok Di Terengganu

Lambang kalimah Allah pada puntung rokok jenama Luar Negara mengejutkan Junaidi Jusoh, 25, apabila terdapat lambang seperti Kalimah Allah yang dikhuariti disebarkan oleh pihak tertentu. Jika penghisap rokok membuang puntung rokok ini di serata tempat dan dipijak, ia seolah-olah menghina agama Islam yang sepatutnya diangkat tinggi martabatnya.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/381171_272234526167701_100001434667039_766418_1929937572_n.jpg

Menurutnya, dia menghubungi Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu untuk memaklumkan hal berkenaan dan beberapa kakitangan daripada jabatan itu tampil serta melihat sendiri punting rokok yang dimaksudkan.

Menurut sumber, mereka memberitahu rokok ini memang ada dijual dan dari luar negara yang diseludup masuk ke sini, tetapi lambang yang dicetak pada puntung rokok tidak sepatutnya menyerupai kalimah ALLAH SWT kerana ia menimbulkan keraguan kepada orang ramai

Incoming search terms:

  • lambang kalimah allah pada rokok (1)

Siapakah 14 Lelaki Dayus Di Malaysia ?




Secara mudahnya cuba kita lihat apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian

Borang Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik 2012


Ramai yang bertanya dimana borang permohonan kemasukan sekolah menengah teknik untuk kemasukan 2012 boleh didapati. Untuk mengetahuan calon yang ingin memohon sekolah teknik, anda boleh mendapatkan borang kemasukan dengan datang sendiri ke Sekolah Menengah Teknik yang terdekat.

Borang Permohonan hendaklah diisi lengkap dan dihantar ke sekolah teknik yang berkenaan.

Keputusan Minimum kemasukan Sekolah Menengah Teknik
PMR: Sekurang-kurangnya lulus 3 Matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik.

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik/Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my

Seram Gambar Hantu Kak Limah Merayau Di Marang Terengganu Dirakam

Gempar gambar Hantu ala Kak Limah merayau di kampung Temiang, Marang Terengganu dirakam. Menurut sumber, lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.http://www.scaniaz.blogspot.com/

Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri. Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

Menurut mereka lagi, setiap hari mereka ternampak kelibat lembaga itu sambil terdengar suara meminta tolong.

Incoming search terms:

  • Hantu Kak limah marang (1)

Akan Datang! Filem Suatu Malam Kubur berasap ( Full Movie Download )

Download Suatu Malam Kubur Berasap Full Movie Download. Suatu malam kubur berasap merupakan sebuah Filem bergenre komedi seram arahan Ernie Chan yang pastinya akan membuat penonton berasa seram disamping aksi yang lawak. Untuk pengetahuan anda,  Filem ni sudah pun berada di pawagam pada 22 Disember 2011.


Sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap
Filem Suatu Malam Kubur Berasap ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakkan dan tersangkut di kampung mereka.

Sejak kedatangan Mie, berlakuya perkara-perkara yang suspens dan menakutkan bila Hantu Cempaka muncul apabila kuburnya mula mengeluarkan asap. Satu hari, mereka berempat setelah besama-sama berkongsi cerita berkenaan dengan Hantu Cempaka, dimana mereka diusik. Apakah nasib mereka? Jangan lupa tonton Suatu Malam Kubur Berasap.


Download Suatu Malam Kubur Berasap Full Movie
Mediafire Suatu Malam Kubur Berasap ( akan datang)
Info: Link akan dimasukkan tidak lama lagi apabila tayangan filem suatu malam kubur berasap telah berakhir di pawagam. Pastikan berada dilaman web ini kerana link download akan dikeluarkan disini.



Sunday, December 25, 2011

Ramli MS Tinggal 10 Tahun Di Hotel Kini Pindah Rumah Sendiri

Ramli MS yang tinggal selama 10 tahun di hotel akan pindah ke rumah sendiri yang baru dibelinya. Ramli MS selama ni tinggal di hotel kerana kemudahan  disediakan memudahkannya yang sentiasa sibuk menguruskan kerjaya seni dan tidak perlu nak fikir tentang masalah rumah bersepah, keselamatan dan sebagainya.

Demi fikir masa depan, Ramli MS akan pindah ke rumah baru pada awal tahun depan 2012. Tambah Ramli, dia juga akan mengubahsuai salah satu bilik di rumah itu untuk dijadikan sebuah studio mini bagi memudahkan dirinya untuk menghabiskan kerja-kerja seninya itu.


Bercerita tentang hidupnya sepanjang 10 tahun menetap di hotel, Ramli berkata tiada memori yang indah untuk diingati disebabkan terlalu fokus dengan kerjayanya, tetapi gembira, pekerja hotel sentiasa melayannya dengan baik.

Incoming search terms:

  • ramli ms hotel (1)
  • ramli ms tinggal di hotel (1)
  • ramli ms tinggal hotel (1)
  • ramly ms tinggal hotel (2)

Saturday, December 24, 2011

Pengemis Paling Cantik


Pengemis ini cantik dan cute, dia dikatakan mengemis untuk menanggung kos sekolah adiknya.Dia sentiasa menundukkan kepalanya, mungkin malu menjadi pengemis.
Dia pernah menjadi isuhangat di forum-forum internet di Cina. Ini menyebabkan dia menjadi terkenal dan mengundang simpati.
Ada yang memberi komen supaya dia mencari suami yang kaya malah ada suara nakal menyarankan menjadi pelacur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More