Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, October 31, 2011

Ajaib!!! : Janin Dalam Rahim Bersujud Apabila Dengar Ayat Al-Quran (Ultrasound)

Tanpa kita sedari, bayi di dalam kandungan akan sujud seperti umat Islam bersembahyang di dalam rahim ibunya apabila didengari bacaan Al_Quran. Inilah Kebesaran Allah S.W.T yang menjadikan manusia untuk sujud dan patuh kepada Nya.

Di dalam video di bawah menunjukkan bayi berada dalam keadaan bergerak-gerak sebelum dibacakan Al-Quran. dan keadaan berubah sejurus Al-Quran didengarkan.

Di mana bayi itu belajar Sujud? di sekolah? di universiti? Adakan dari dirinya sendiri? sedangkan berakal pun belum. siapa yang mensujudkan bayi itu? Subhanallah..Manusia yang punya akal taknak sujud, baby yg belum tahu apa-apa pula yg sujud.Itulah fitrah manusia, manusia dilahirkn dalam islam. dalam keadaan sujud kepada Allah. Manusia dilahirkan dalam keadaan suci tanpa sebarang dosa dan keadaan dan ibu bapa yang akan merubah agama anaknya.




Dialu-alukan untuk share..dengan diberikan kredit untuk blog scaniaz nie..semoga ada manfaat bersama..amin..


 

Fakta : Google Earth Membuktikan Kebenaran Nabi Muhammad S.A.W.





Sungguh Kami ( sering ) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani ) yang diberi Al Kitab ( taurat dan injil ) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang mereka kerjakan. 
(Al-Baqarah : 144)

Pada tahun kedua hijrah, ketika semua arah kiblat mengarah ke Baitul Maqdis, Rasulullah Muhammad SAW yang ketika itu berada di Madinah Al-Munawarah diperintah oleh Allah SWT supaya kiblat harus diubah kepada menghadap Masjidil Haram di Mekah Al-Mukaramah. Sejak waktu itu, Masjidil Haram menjadi kiblat untuk semua umat Islam dan sejak saat itu Islam terus tersebar. Dan dengan pertolongan Allah SWT Islam meraih kemenangan, dan ramai yang memeluk Islam ketika itu termasuk orang orang Yaman

Setelah itu, Rasulullah saw mengirimkan mereka (orang2 Yaman) guru untuk mengajar mereka tentang agama. Maka Rasulullah saw mengirim Ali bin Abi Thalib ke Hamdan dan mengirim Muath ibn Jabel ke Janad dan ia mengirim utusan utusan ke Sana'a. Dan diantara utusan utusan itu, adalah Wabr ibn Yuhanas Al Khozaee yang diutus sebagai pelindung (Sana'a) kemudian memerintahnya untuk membangunkan sebuah masjid dengan ketentuan yang Rasulullah saw telah tentukan sendiri.

At-Tabrani di dalam Al-Mu'jamAl-Awsat berkata : "Wabr ibn Yuhanas Al Khozaee berkata : "Rasulullahsaw berkata padaku : " jika kamu membangun masjid Sana'a, bangunlah dikanan sebuah gunung bernama Deyn." Al-Hafez Al-Rahzey dalam bukunya "History of Sana'a" mengatakan, Rasulullah saw yang memerintahkan Wabribn Yuhanas Al-Ansarey ketika ia mengutusnya ke Sana'a untuk menjadi pelindung berkata " Panggillah mereka kepada Iman (kepercayaan / untuk membuktikan kebenaran). Jika mereka mentaatimu tentang hal itu maka aturlah mengenai Solat. Jika mereka mentaatimu mengenai hal itu, bangunlah masjid di taman Bathan, di mana disitu ditemukan sebuah batudi Gamdan dan arahkan ke sebuah gunung bernama Deyn." dan Al-Rahzey berkata: " Rasulullah saw menulis kepada Wabr untuk membangun dinding Bathan masjid dan membuatnya dari posisi dasar batu, dan mengarah ke Deyn."

Dan 14 abad selepas kejadian itu. Roket-roket dicipta dan mereka dapat melintasi jarak yang jauh (ke angkasa) membawa satelit-satelit.

Demi bintang ketika terbenam.

Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru. Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
An Najm (Bintang) : 1-4

Satelit-satelit membuktikan kebenaran Rasulullah saw.

Sebuah research yang dilakukan syeikh Abdul Majid Al-Zandaney

Melalui Google earth, kita boleh melihat bumi dari satelit. Dan kita boleh melihat wilayah Sana'a dan kemudian di zoom in sehingga nampak sebuah Masjid besar (mesjid agung) yang dibelakangnya terdapat masjid Sana'a yang dibangunkan atas perintah Rasulullah saw yang sekarang dibatasi oleh batu Mulallamah seperti yang digambarkan Rasulullah saw.

Dalam video itu kita dapat melihat pilar Masmoorah, yang dipelihara penduduk Yaman dan tepat diseberangnya adalah pilar lain yang disebut Manq'urah. Kemudian ditampilkan kiblat dari arah luar masjid. Setelah itu kita dapat lihat masjid yang berada di antara menara menara tersebut. Kemudian skrin di zoom out sehingga nampaknya wilayah Sana'a dengan masjid agung di pusatnya.

Kemudian kita dibawa untuk melihat foto satelit Gunung Deyn, sehingga bergeserlah foto satelit bumi itu ke arah barat laut ke arah gunung yang dimaksud oleh Rasulullah saw, di mana ia memerintahkan kepada Wabribn Yuhanas untuk mengarahkan kiblat masjid ke arah Gunung Deyn dan untuk membangun masjid di kanan dari Gunung Deyn.

Kemudian video di zoom in sehingga nampak jelaslah puncak gunung Deyn, sekarang diatasnya terdapat kem tentera dengan sebuah stesen pemancar televisyen.

Kemudian video di pusing kedudukannya sehingga kita dapat melihat puncak Gunung Deyn secara horizontal. Nampaklah puncak gunung Deyn beserta jalan yang menghubungkannya dengan Sana'a dan wilayah Amran.

Kemudian kita diajak kembali ke gambar satelit wilayah Sana'a, sehingga kita dapat memulai dari masjid yang dibangun atas perintah Rasulullah saw. Dibuatkan garis halus (digambarkan sebuah garis kuning) yang dimulai dari kiblat masjid Sana'a yang mengarah ke gunung Deyn, garis dari kiblat masjid Sana'a ditarik ke arah PUNCAK gunung Deyn dan nampak garis itu melalui kem tentera. Maka terbentuklah sebuah garis lurus melintang dari kiblat Masjid Sana'a ke PUNCAK gunung Deyn.

Dan kita diajak untuk memanjangkan arah garis kuning itu lurus ( benar-benar garis lurus ) terus ke arah barat laut ke luar dari batas negara Yaman. Ternyata Garis itu menuju ke Mekah. tidak hanya itu, tidak ke tempat lain, garis itu tepat menuju Masjidil haram lebih dari itu, ketika di zoom in, tidak ke bahagian masjid yang lain, garis itu tepat menuju Kabah tanpa menjauhi arah pusat Kabah.

Kalau diteliti secara terbalik ( bermula dari arah tenggara ), nampaklah sebuah garis lurus dari pusat Kabah ke puncak gunung Deyn, ke masjid agung, dan ke mesjid Sana'a, iaitu tepat ke kiblat yang arahnya ditentukan oleh Rasulullah saw. Jadi tempat ibadah di masjid yang dibangunkan atas perintah Rasulullah saw di Sana'a itu yang mengarah kepuncak gunung Deyn, ternyata terus merentasi menuju pusat Kabah, melalui sebuah garis lurus.

Jarak antara Sana'a ke Mekah sekitar 815 km dan jarak dari Sana'a ke Gunung Deyn adalah 30 km.

Tidak ada seorang pun manusia di bumi ini dapat menggambarkan sebuah garis lurus dipermukaan bumi antara dua wilayah yang begitu jauh, kecuali dengan bantuan peta yang sangat terperinci, yang sekarang dapat dikaji dengan adanya pesawat terbang dan satelit, dan ilmu pengetahuan tentang garis bujur / garis lintang / ketinggian tanah dan lain lain. Dan Rasulullah saw, 14 abad lalu, tidak menggunakan semua itu.

Subhanallah.

Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
An Najm :3-4

Terkini!!! : Fasha Sandha Kini Bertudung

Mari lihat macamana rupa Fasha Sandha apabila dikenakan tudung pada wajahnya. Apa yang anda lihat merupakan wajah Fasha bertudung di alam yang nyata dan bukannya dalam lakonan drama dan sebagainya. Menurut sumber, gambar ni diambil ketika Fasha sandha berada di Kelantan. Apa yang anda lihat, Johan juga turut bersama Fasha kat sini. Mari layan wajah fasha Sandha memakai tudung kat bawah ni. Memang serius comel sangat-sangat dan terserlah keayuan Fasha.







Sunday, October 30, 2011

Beribadat 500 Tahun Tidak Menjanjikan Syurga


Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w katanya, "Wahai muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun diatas sebuah bukit yang lebar, panjang bukit itu 30 puluh hasta dan lebarnya 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru".

Dan di situ Allah s.w.t mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan Allah s.w.t juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu dia pun sembahyang. Dalam sembahyang, dia telah meminta kepada Allah s.w.t. supaya mematikannya ketika dia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit. Maka Allah s.w.t. pun menerima permintaanya.

Berkatalah malaikat lagi, "Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud, kami mendapat tahu bahawa dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah s.w.t. lalu Allah s.w.t. menyuruh Malaikat: "Masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku". Maka berkata orang itu, "Dengan disebabkan amalku?" Maka Allah s.w.t. menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan. Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, iaitu nikmat pengelihatan yang Allah s.w.t. berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.

Maka Allah s.w.t. berfirman, "Masukkan dia ke dalam neraka". Apabila dia ditarik ke neraka maka dia pun berkata," Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatmu. "Lalu Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat, "Bawakan dia ke mari". Kemudian Allah s.w.t. bertanya orang itu, "Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada". Lalu orang itu menjawab, "Engkau ya Allah". Kemudian Allah s.w.t. bertanya lagi, ”Apakah itu kerana amalmu atau rahmatku?”. Jawab orang itu, "Ya Allah, dengan rahmatmu.” Allah s.w.t. bertanya lagi, "Siaapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?". Jawab orang itu, "Engkau ya Allah". Allah s.w.t. bertanya lagi, "Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?"

lalu orang itu berkata, "Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukanya." Allah s.w.t. berfirman, "Maka semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatku." Malaikat Jibrail berkata, "Segalaa sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah s.w.t".

Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan pada hambanya, oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah s.w.t. sebaliknya mohonlah dengan rahmatnya.

Kerana hanya dengan rahmat Allah s.w.t. sajalah seseorang itu dapat memasuki syurganya. Apabila kita memohon kepada Allah s.w.t. supaya dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatnya maka mintalah supaya Allah s.w.t. memasukkan kita dengan rahmatnya ke dalam Syurga Firdaus.

Masuk 
Syurga itu terletak pada rahmat Allah, dengan melakukan apa yang diperintahkannya dan menjauhi dari segala apa larangannya mendekatkan kita pada RahmatNya. Jangan sesekali kita angkuh dengan amal ibadah dan ilmu yang kita ada namun hendaklah kita sentiasa bersyukur, ikhlas dan sentiada merendah diri kerana tiap suatu nikmat atau dugaan datang daripada Allah.

Fakta : Bukti Allah Itu Ada


Kaum kufar tidak henti-henti berusaha untuk melemahkan generasi muslim, salah satunya dengan menyebarkan ajaran Atheis iaitu satu pegangan yang tidak percayakan Tuhan. Ideologi ini sudah menular sejak kita masih bermain di taman permainan kanak-kanak lagi.

Pada tahun 1877, pembangunan Menara Eiffel di perancis dimulakan dan memakan masa 26 tahun untuk mendirikannya. Sudah semestinya, sebelum membangunkan menara tersebut, diperlukan rancangan, plan, dan reka bentuk supaya bangunan dapat berdiri dengan baik, kuat, dan kukuh. Berat seluruh bangunan ini mencapai 9000 tan, sedangkan tinggi Menara Eiffel 321 meter dan merupakan bangunan tertinggi buatan manusia selama 40 tahun.

Rancangan, plan, dan reka bentuk menara eifel ini ditiru dan diilhamkan dari struktur reka bentuk tulang paha manusia yang kecil tapi mampu menampung berat tubuh manusia yang jauh lebih berat dari berat tulang paha.

Tidak mungkin Menara Eiffel ini berdiri sendiri atau tanpa perancangan yang rapi. Menara Eiffel sememangnya dirancang oleh seseorang sehingga hasilnya seimbang dan kukuh seperti yang kita lihat hari ini.


Kepelbagaian hidupan dari haiwan berorganisma monosel sehingga yang mempunyai trilion-trilion sel, pelbagai jenis tumbuhan, dan juga manusia. Jumlah haiwan jauh lebih banyak dari jumlah manusia, kesemua jenis haiwan dan tumbuhan ini memiliki struktur dan fungsi yang sangat rumit dan sama sekali berbeza antara satu dengan yang lainnya, sehingga manusia yang memiliki akal pun tidak dapat menirunya. Kembali pada menara, bangunan, kendaraan yang megah, semua ini pasti dirancang oleh manusia.

Manusia hanya dapat meniru hakikat alam yang telah sediaada. Ciptaan hasil manusia tidak dapat menandingi seperti hasil ciptaan Allah.

Manusia membuat helikopter dengan meniru struktur dan fungsi badan pepatung, akan tetapi kemampuan terbang helikopter jauh di bawah kemampuan pepatung.

Manusia mengambil contoh tangan manusia untuk membuat Robot Tangan, tapi kemampuan robot tangan masih jauh dibawah kemampuan tangan manusia itu sendiri.

Burung helang memiliki mata yang tajam tajam dengan sudut pandangannya 300° dan dapat memperbesarkan pandangannya sebanyak 6-8x lebih besar dari penglihatan normalnya. Ketika terbang pada ketinggian 4300 meter, helang dapat memantau 30,000 hektar kawasan disekelilingnya. Dari ketinggian 1500 meter, helang dapat melihat gerakan atau perbezaan warna dengan terperinci untuk menentukan lokasi mangsanya.

Daya penglihatan yang tajam ini disebabkankan banyaknya sel kerucut peka cahaya di retina matanya. Sel-sel tersebut menerima cahaya dan menghantarkan imej tersebut ke otak. Sementara sel kerucut pada manusia jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan helang. Tentunya semua ini telah dirancang oleh Allah Sang Pencipta.

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada satu binatang melatapun melainkan Allah lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(QS. 11 Huud:56)

Manusia dapat meniru ciptaan pada lumba-lumba dan kerang untuk dijadikankan asas idea pada kapal selam, dan meniru kerang laut untuk membuat porselin, atau meniru ciptaan Allah yang lainnya, tetapi rancangan Allah tetap jauh lebih baik dibandingkan dengan rancangan manusia.

Se
ramik Porselin buatan manusia hanya dapat dibuat pada suhu antara 1000°-1500° Celcius, sedangkan kerang laut hanya memerlukan suhu 4° Celcius untuk membuat Porselain yang daya kekuatannya lebih kuat dan lebih tahan dibandingkan dengan seramik Porselin buatan manusia.

Jika seramik porselin buatan manusia itu jatuh dan pecah, seramik porselin tersebut tidak akan dapat memperbaiki dirinya sendiri yang pecah, sedangkan kerang laut mempunyai sistem badan yang luar biasa sehingga mampu untuk memperbaiki bahagian kerang yang rosak.



Apakah seramik porselin wujud sendirinya tanpa direka dan dicipta oleh manusia? Bagaimana dengan ciptaan cemhkerang kerang laut yang dapat membaiki dirinya sendiri jika pecah serta jauh lebih kuat, lebih cantik warnanya, lebih indah bentuknya dibandingkan dengan buatan manusia? Siapa yang mencipta nya?

Manusia memang dapat mencipta komposit tiruan untuk bahan polimer yang dapat memperbarui diri jika rosak, tetapi komposit tiruan buatan manusia jauh lebih lemah dibandingkan dengan apa yang ada di alam ini. Kita ambil 1 contoh dari banyak contoh saja iaitu kulit buaya.

Ciptaan yang sempurna pada haiwan, manusia dan alam ini menunjukan tanda-tanda kekuasaan Allah sebagaimana diungkapkan di dalam Al-Qur’an:

Dan pada penciptakan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran terdapat tanda-tanda untuk kaum yang meyakini.
(QS. 45 Al-Jaatsiyah:4)

Bagaimana dengan ciptaan yang ada pada berjuta-juta haiwan yang lain diseluruh muka bumi ini yang memiliki fungsi dan rekabentuk yang berbeza antara haiwan yang sejenis dan dengan jenis haiwan lainnya?

Adakah ini semua tercipta dan terjadi dengan sendirinya tanpa disengajakan?


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh tanda-tanda bagi kaum yang memikirkannya. 
(QS.2: 164)

Otak manusia terdiri dan tersusun dari sekitar 10,000,000,000,000 saraf, saraf-saraf ini berhubung antara 1 sama lain melalui 100,000,000,000 sambungan. Jumlah 100,000,000,000 ini adalah jumlah yang jauh diluar pemahaman kita. Semua maklumat dan data ke otak dan dari otak bergerak dengan kelajuan yang sangat mengagumkan iaitu pada kelajuan 320 km/jam.

Sel-sel saraf penghubung otak dan bahagian tubuh lainnya menyerupai jalan lebuh raya yang membawa maklumat antara tubuh dan otak. Setiap saat, tubuh kita membawa lalu lintas yang sangat sibuk dan padat didalamnya. Ribuan aktiviti yang berbeza saling datang dan pergi dari otak hanya dalam tempoh masa satu saat sahaja. Antara 100,000 hingga 1,000,000 reaksi kimia terjadi didalam otak kita hanya dalam tempoh 1 minit sahaja.

Ketika saudara membaca tulisan ini, ratusan maklumat sedang keluar masuk antara otak dan otot saudara setiap 0.001 detik. Ratusan pesan ini meliputi informasi tentang apa yang saudara lihat, baca, memahami apa yang saudara baca, degupan jantung, bernafas, kedipan mata, pertumbuhan rambut kepala, menghidu persekitaran dan pendengaran telinga.

Untuk menjelaskan perincian 1 kegiatan yang dilakukan oleh otak, saudara memerlukan berjuta-juta halaman kertas untuk menerangkan tindak balas kimia ini. Bagaimana jika 100,000 kegiatan berlaku dalam 1 saat? Berapa juta helaian kertas yang saudara perlukan untuk menulis semuanya dalam 1 saat saja?
Buku ini cukup tebal untuk mencatat aktiviti otak? jawapannya tidak


1 kesalahan di dalam tindak balas kimia ini mengakibatkan ketidak imbangan kegiatan tubuh saudara. Namun Allah telah menciptakan manusia dengan sempurna, dan sebagai balasan hendaklah kita bersyukur pada Allah yang telah menciptakan dan memberi kita nikmat yang tak dapat dihitung oleh manusia.

10 trilion saraf otak

Dapatkah kita membuat susunan kabel elektrik yang berjumlah 10,000,000,000,000 kabel tanpa terdapat sedikitpun kesalahan selama bekerja 24 jam sehari tanpa henti sepanjang masa? Adakah ini semua tidak memerlukan perancangan?

Bagaimana pula dengan penciptaan anggota badan yang lainnya seperti mata, jantung, kulit, paru-paru, hati, telinga, lidah, saluran pencernaan, tulang, otot, sendi, saraf dan lain-lain anggota? Adakah ini juga tidak memerlukan perancangan? Siapa yang merangcang semua ini?

Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikanmu seimbang dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, dia menyusun tubuhmu.
(QS.82: 6-8)

Maka nikmat dari Tuhan manakah yang kamu dusta-kan?

Demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada tuhan selain Allah; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Allah adalah pemelihara segala sesuatu.
(QS.6 Al-An’am:102)

Dalam Al-Qur’an, manusia diciptakan dengan sempurna termasuklah keseimbangan tubuhnya. Dengan akal kita, janganlah kita hendak disamakan dengan haiwan yang tidak memiliki akal. Manusia dahulunya tidak pandai membuat pesawat, tetapi sekarang mampu untuk mencipta pesawat yang merentasi antara benua dan bahkan mampu membuat pesawat yang bergerak ke luar angkasa dengan menggunakan kawalan jauh.


Sedangkan monyet, yang dikenali sebagai monyet sejak dari dulu lagi tetap tidak malu bertelanjang bulat tanpa baju, hanya bertepuk tangan dan diberi makan pisang atau kacang oleh manusia. Tidak pernah wujud monyet yang dapat mencipta mahupun meniru kapal terbang atau roket angkasa.

Oleh sebab itu, janganlah kita sebagai manusia disamakan dengan binatang.

Pengkhotbah 3:19 Kerana nasib manusia adalah sama dengan nasib binatang, nasib yang sama menimpa mereka; sebagaimana yang satu mati, demikian juga yang lain. Kedua-duanya mempunyai nafas yang sama, dan manusia tidak mempunyai kelebihan atas binatang, kerana segala sesuatu adalah sia-sia.
(Christian Bible, King James Version, Ecclesiastes 3:19)

Begitu pula dengan alam semesta termasuk dengan segala isinya, bumi, matahari, bulan, air, udara, tanah, atmosfera, manusia, haiwan, tumbuhan, dan seluruh alam semesta raya ini terdapat keseimbangan, kesempurnaan, saling melengkapi dan ketelitian di setiap sudut.

Tidak mungkin alam semesta dan segala isinya ini wujud secara tiba-tiba tanpa pencipta, padahal alam semesta, haiwan, tumbuhan dan manusia sendiri memiliki struktur dan fungsi yang jauh lebih rumit dan jauh lebih sulit daripada struktur Menara Eiffel atau ciptaan lain buatan manusia.

Vi
deo di bawah menunjukkan betapa luasnya alam semesta ini. Manusia bagaikan debu malah lebih kecil dari itu jika dibandingkan dengan alam ciptaan tuhan.




Penciptaan alam ini memerlukan kekuatan yang Maha Kuasa untuk menciptakannya dan Yang Maha Kuasa itu haruslah terdiri daripada 1 tuhan sahaja kerana tidak mungkin wujudnya 2 Tuhan, apatah lagi 3 Tuhan bekerja sama dengan makhluk ciptaan-Nya dalam membangunkan alam semesta ini.

Semua ukuran di alam semesta ini telah dibuat dengan ukuran yang amat teliti dan tepat. Jika terdapat kekurangan atau kelebihan sedikit pun, ini akan mengakibatkan bencana yang luar biasa. Dapat dibayangkan jika terdapat 2 tuhan yang memiliki 2 perancangan yang berbeza? Tentu planet-planet, bintang-bintang dan segala isinya akan berlaga. Dengan akal yang kita miliki, kita dapat memastikan bahawa tuhan itu hanyalah satu.

Indah dan tersusun ciptaan Allah

Dan Allah telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran. Dan Allah telah menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup, dan makhluk-makhluk yang kamu sekali-kali bukan pemberi rezeki kepadanya. Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; dan Allah tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran tertentu.
(QS.15:19-21)

Yang kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi Allah dalam kekuasaan, dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan dai menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-serapinya.
(QS.25:2)

Allah berfirman: “janganlah kamu menyembah tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut”.
(QS.14 An-Nahl:51)

Jelas sekali bahawa Allah itu Maha Teliti dalam menghitung kesemua ciptaannya, tidak mungkin Allah tersalah hitungan dalam matematik atau yang lebih rumit seperti gabungan antara fizik, kimia, biologi bahkan dalam segalanya.

Berbalik kepada kata-kata “ukuran yang serapi-rapinya, ketelitian dan kesempurnaan”, bagaimana kesalahan bilangan dan matematik di dalam alkitab Kristian? Adakah beberapa kesalahan hitungan dari beribu-ribu kesalahan di dalam alkitab Kristian adalah dilakukan oleh Tuhan?

Fikirkanlah segala sesuatu yang telah diberikan oleh Allah kepada saudara. Saudara tinggal di bumi yang telah dirancang dan diciptakan khusus untuk kita. Kita tidak melakukan apapun untuk lahir ke dunia ini, dan kita tidak melakukan apapun diantara perjalanan alam semesta ini. Kita sekadar lahir, membuka mata dan mendapati kita berada ditengah-tengah segenap kenikmatan alam.

Kita dapat melihat, mendengar, merasa, mencium, mengecap rasa atas kehendak Allah yang menciptakan kita. Dan Allah tidak meminta wang untuk menyewa tubuh ini, meminta bayaran atas oksigen yang kita hirup, meminta bayaran di atas air, makanan dan tanah yang kita gunakan. Allah hanya meminta kita bersyukur, dan sebetulnya rasa syukur ini untuk kebaikan diri dan jiwa kita sendiri.

QS.16 An-Nahl:78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

Rasa syukur kita kepada Allah ini untuk kebaikan kita sendiri, dan Allah tidaklah pernah menarik rasa terima kasih dari manusia kerana meskipun seluruh manusia ingkar dan derhaka kepada Allah.

Dengan akal, janganlah sampai kita keliru menyembah Tuhan. Jika kita keliru menyembah Tuhan tanpa berfikir menggunakan akal terlebih dahulu, ini bererti kita tidak tahu berterima kasih kerana kita telah diberikan akal namun tidak digunakan, kita telah diberi banyak sekali nikmat namun kita keliru dalam berterima kasih kepada yang bukan Tuhan.

Bersyukurlah atas segala nikmat yang tidak terhingga

Dan ketika Allah berfirman: “Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: “Jadikanlah aku dan ibuku sebagai dua orang tuhan selain Allah?”. Isa menjawab: “Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hak-ku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib”.
(QS.5 Al-Maa’idah:116)

Saturday, October 29, 2011

Pirates Of The Caribbean : Watak Hector Barbossa Diilhamkan Dari Tokoh Islam


Apabila disebut Barbossa, saya yakin ramai dalam kalangan kita akan terbayangkan watak seorang lanun memakai penutup sebelah matanya seperti yang terdapat dalam filem Pirates of The Carribean. Namun tahukah kita, sebenarnya watak Hector Barbossa adalah watak yang diadaptasikan dari watak tokoh Islam yang popular dalam dunia peradaban Islam dahulu kala. Barbarossa bererti janggut merah dalam bahasa Itali. Hanya terdapat tiga tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik iaitu Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.

Jeneral Hayreddin Barbarossa Pasha

Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan senibina) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut. Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris). Sebuah gunung berhampiran dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat ​​Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu.


Pemandangan dari Gibraltar. Sebelah kiri Afrika dan Sepanyol di sebelah kanan.

Sebermulanya era Perang Salib, Eropah telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban yang maju mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M. Bangsa Moor di wilayah Andalusia terpaksa melarikan diri ke Afrika utara kerana misi Reconquista diteruskan dengan misi pembunuhan umat Islam iaitu dengan pembersihan beramai-ramai kaum muslim, sebahagian dipaksa murtad dan sebahagian lagi bersembunyi di pergunungan.

Raja Ferdinand II Aragon

Misi ini memuncak ketika raja Ferdinand II dari Aragon berkahwin dengan ratu Isabella dari Castille, dan selanjutnya dikenali sebagai Ferdinand V of Castille. Ferdinand merupakan seorang penganut Kristian Katolik yang fanatik. Umat ​​Islam dan Yahudi dibunuh dengan kejam pada era pemerintahannya. Masjid Cordoba yang bertiangkan 1000 batang kini menjadi gereja, begitu pula Istana Alhambra hanya tinggal kenangan. Reconquista diteruskan ke arah Afrika utara dan ke arah timur yang mana tujuan utamanya adalah tanah suci Jerusalem di wilayah Palestin. Berita kejatuhan Andalusia ini sampai kepada Turki yang ketika itu dipimpin oleh Sulaiman I The Magnificient yang telah berjaya menakluk Byzantium.


Reconquista (790-1300)

Pada
 zaman inilah, terdapat dua orang adik beradik yang menjadi pelaut dan biasa berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki. Mereka bernama Aruj dan Hayreddin. Suatu hari kapal mereka telah diserang kapal tentera St. John of Jerusalem atau biasa disebut sebagai Knight of Rhodes. Kejadian ini telah membuatkan adik bongsunya terbunuh. Sejak daripada saat itu, Aruj dan Hayreddin menjadi lanun dan melakukan rompakan ke atas semua kapal-kapal tentera Kristian. Kegiatan ini sangat menggemparkan dan sangat ditakuti oleh tentera Kristian. Mereka dikenali sebagai lanun Barbarossa Brothers kerana kedua-duanya berjanggut merah. Makna negatif Barbarossa dipropagandakan hingga sekarang oleh barat, contohnya perompak pada komik Asterix dan watak Captain Barbossa dalam filem Pirates of the Carribean. 

Watak Captain Barbarossa dalam Pirates of the Carribean

Misi dendam Barbarossa Brothers akhirnya berubah menjadi misi perjuangan Islam setelah mendengar jatuhnya Andalusia dari tangan orang Islam. Puluhan ribu bangsa Moor (bahkan yang menghuni di pergunungan) berjaya mereka selamatkan dengan membawa mereka ke negeri-negeri Afrika Utara seperti Maghribi, Tunisia dan Algeria, selain itu Algeria dijadikan pangkalan pertahanan lautnya.

Penguasa Algeria tidak seramah sultan di Tunisia. Sultan Salim pernah mengusir Barbarossa ketika sedang bertempur dengan pasukan Kristian Sepanyol. Aruj mengambil keputusan kekal di Algeria dan akhirnya memimpin bandar pelabuhan tersebut atas nama kesultanan Turki. Pada tahun 1518, Sepanyol berjaya menghasut penguasa bandar Tlemcen (Tilmisan) untuk menentang Aruj. Aruj menyerahkan Algeria kepada adiknya Hayreddin dan beliau berangkat ke Tlemcen tetapi di sana beliau dan tenteranya terpaksa berperang dengan saudara sendiri yang sesama Islam. Pasukannya tewas namun Aruj sempat meloloskan diri disebalik ramai yang tertewas. Namun oleh kerana hubungannya dengan anak buahnya yang lebih daripada sekadar kepentingan peribadi, Aruj kembali bertempur dan gugur di medan perjuangan.

Kapal Galilon milik Barbarossa Brothers

Gugurnya Aruj menjadikan pimpinan armada laut Algeria Barbarossa yang di bawah Aruj sebelum ini berpindah ke Hayreddin. Sepanyol menyangka era Barbarossa telah berakhir di tengah-tengah lautan. Lalu, Sepanyol menghantar 20,000 tenteranya ke Algeria. Pertempuran hebat telah berlaku, namun Hayreddin berjaya mengalahkan tentera laut tersebut. Beliau sedar terlalu banyak ancaman dari negeri di sekelilingnya selain ancaman utama dari Sepanyol. Akhirnya Hayreddin meminta untuk melalui Algeria supaya penguasa Tunisia dan Tlemcen dialihkan kekuasaannya atas nama daulah Uthmaniah Turki. Mereka pun bersetuju, sehingga pada tahun 1519 Turki mengangkat Hayreddin sebagai beylerbey atau wakil Turki di Algeria dan memimpin pasukan Janissari iaitu pasukan khas tentera elit Turki. Selama Hayreddin memimpin, ramai bangsa Moor di Andalusia diselamatkan iaitu dengan 7 kali pelayaran dengan 36 kapal direkodkan.

Kehebatan kapal perang Turki pimpinan Hayreddin Barbarossa

Penguasa Kristian Eropah mula merasa tergugat dengan kegemilangan Sulaiman I dari Turki yang telah menguasai daratan dengan pasukan Janissarinya dan menguasai lautan dengan kehebatan Hayreddin Barbarossa. Pada tahun 1529, di Pulau Penon, ketika azan berkumandang, tentera Sepanyol telah menembak meriam ke menara masjid. Kejadian ini menjadi punca kepada peperangan hebat dan setelah 20 hari peperangan, pulau tersebut dikuasai Hayreddin. Di daratan pula, Sulaiman I cuba untuk merealisasikan impiannya untuk menakluk Vienna, Austria. Sebanyak dua kali serangan dilancarkan namun kedua-duanya gagal. Pasukan Turki yang kembali pulang sempat meninggalkan beberapa karung kopi serta menukar peraturan Pope Rom yang sebelumnya mengharamkan minuman yang diminum kaum muslim itu. Kemudian mereka menyebutnya sebagai cappuccino.

Hayreddin Barbarossa sedang mengadap Sultan Sulaiman 1 sambil membawa hadiah

Pada tahun yang sama Andrea Doria di Genoa berjaya membaik pulih Republik Genoa dan telah bersekutu dengan Charles V Sepanyol dan meneruskan misi reconquista dengan berperang dengan Sulaiman I dan Barbarossa yang menguasai perairan Laut Tengah (perairan Mediterranean). Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol, bahkan bendera yang diusung adalah berwarna hijau terdapat kaligrafi doa “Nashrun minalLaah wa fathun qariib wa basysyiril mu'miniin”, ya Muhammad, empat nama khulafa ur rasyidin, pedang zulfikar dan bintang segi enam Yahudi. Ketika ini, bintang segi tiga itu masih belum digunakan oleh kaum Yahudi malah ianya adalah simbol perjuangan. Hanya kini, kaum yahudi dan Israel telah menggunakan simbol itu bagi pakatan zionis mereka dan telah menyebabkan umat Islam fobia dengan simbol ini. Untuk memahami simbol yahudi ini, pembaca boleh merujuk Rahsia Bintang Enam Israel.

Bendera kapal perang angkatan laut Hayreddin Barbarossa

Charles V telah berusaha dengan bergabung dengan Knights of Rhodes di Malta, namun masih lagi gagal membendung penguasaan Barbarossa ke atas Laut Tengah. Turki yang kagum dengan prestasi Barbarossa, telah mengangkat beliau menjadi Panglima Laut (Kapudan Pasha) daulah Uthmaniah dan mengetuai angkatan Laut Turki Uthmaniah.

Pada tahun 1535, gabungan bersekutu Charles V dan Andrea Doria yang telahpun mengubah nama kepada Knight of Malta telah menyerang Tunisia dengan 25,000 lebih kekuatan di dalam 500 buah kapal. Pertempuran tersebut amat dasyat dan Tunisia telah jatuh ke tangan Sepanyol. Barbarossa walaupun kalah pada tahun-tahun berikutnya, beliau telah berjaya menguasai kepulauan Beleares dan merampas kapal-kapal Portugis dan Sepanyol di selat Gibraltar.
Preveza, tempat berlangsungnya perang antara Andrea dan Barbarossa

Pada
 tahun 1538, pakatan sekutu Itali dan Sepanyol telah berperang di Preveza yang berada di teluk Actium, tempat pertempuran Octavian melawan Antonius dan Cleopatra dahulu kala. Preveza merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah ketika ini. Andrea memimpin 40 kapal dan Barbarossa dengan 20 kapal, namun dengan kepintaran Barbarossa dalam mengatur strategi dan pengetahuannya yang mendalam ke atas bentuk muka bumi dan geografi tempat pertempuran, pada waktu pagi sebelum pertempuran bermula, armada Barbarossa telahpun bersiap sedia di mulut teluk Preveza dari tiga arah dan telah mengebom armada Andrea sehingga armada Andrea berundur dari pertempuran. Barbarossa tidak ingin berperang di laut lepas kerana kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai kawalan dan kelengkapan yang lebih canggih.

Serangan ke atas Algeria oleh sekutu Charles V dan Andrea Doria berlanjutan sehingga tiga tahun kemudian dengan 200 kapal di luar perairan Algeria kerana kebimbangan diserang Barbarossa dari belakang. Rakyat Algeria di bawah pimpinan Hasan Agha telah bertempur bermati-matian mempertahankan negerinya. Semangat jihad mereka membara untuk mempertahankan kedaulatan wilayah Islam daripada jatuh ke tangan kuffar dibantu pula dengan penglibatan ulama’-ulama’ di sana yang menjadi pemangkin semangat kepada mereka. Charles V yang memperlekehkan dan mengambil mudah pertahanan dan strategi peperangan Algeria yang ampuh, telah menyebabkan armadanya huru-hara selain daripada telah dihentam dengan ribut laut yang dasyat ketika peperangan tersebut. Andrea Doria dan Charles V berjaya meloloskan diri dan kembali ke negerinya dengan kekalahan yang amat pahit untuk diterima.

Hayreddin Barbarossa mengalahkan Pakatan Bersekutu Charles V pimpinan Andrea Doria di Pertempuran Preveza (1538)

Ketika Perancis berperang dengan Sepanyol, Perancis telah bersekutu dengan Turki Uthmaniah. Barbarossa berangkat ke Marseilles untuk merebut Nice dengan memimpin 30,000 tentera Turki Uthmaniah. Sekepulangan dari Nice, Barbarossa kemudiannya berangkat ke Genoa untuk membebaskan pembantu kepercayaannya, Turgut Reis. Beliau telah membawa 210 buah kapal ke sana dan mengancam akan menyerang Genoa melainkan Turgut Reis yang telahpun dijadikan hamba serta dipenjara dibebaskan serta merta. Ugutan ini telah membimbangkan Panglima Genoa, Andrea Doria yang mula membebaskan tawanan itu dengan pertukaran hanya 3500 ducat emas. Setelah itu, banyak lagi misi-misi penaklukan dan perluasan wilayah Islam telah diperintahkan oleh Sultan Sulaiman 1 The Magnificient kepada Panglima Jeneral Angkatan Laut Turki Uthmaniah ini, Hayreddin Barbarossa Pasha.

Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha mula bersara di Constantinople pada tahun 1545. Beliau meninggalkan anaknya Hasan Pasha sebagai waris penggantinya di Algeria. Beliau kemudiannya menyerahkan memoir catatan beliau kepada Muradi Sinan Reis. Ianya terdiri daripada lima jilid yang bertulisankan tangan yang dikenali sebagai “Gazavat Hayreddin Pasa" (Penaklukan Hayreddin Pasha). Hari ini, ianya dipamerkan dengan megah di Istana Topkapi dan Perpustakaan Universiti Istanbul. Hayreddin Barbarossa Pasha meninggal dunia pada 1546 di istana tepi laut di kejiranan Büyükdere, Constantinople, di tepi barat laut wilayah Bosphorus. 

Beliau dimakamkan di makam yang tinggi berhampiran dengan pelabuhan feri daerah Besiktas di sebelah barat Istanbul yang dibina pada 1541 oleh arkitek terkenal Mimar Sinan, tapak yang mana digunakan untuk armadanya berhimpun. Memorial telah dibina pada tahun 1944, di sebelah makam beliau.

Makam Hayreddin Barbarossa di Besiktas

Kita melihat betapa umat Islam dahulu kala diangkat ke martabat yang tertinggi di muka bumi oleh Allah kerana mempunyai pemimpin yang baik serta berkaliber, amanah dengan perjuangan menegakkan syiar Islam ke serata dunia seperti Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha. Kita melihat bahawa Barbarossa Brothers yang hanya dikenali sebagai pelayar lautan berbangsa Turki yang biasa pada mulanya, seterusnya digelar lanun di samudera pula, sanggup berkorban segalanya demi kemaslahatan umat Islam walaupun berlainan bangsa dengan mereka iaitu bangsa Moor. 

Inilah ikatan ukhuwah Islamiah yang terdapat pada umat Islam terdahulu yang merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya, hanyalah didasari atas kalimah tauhid yang satu. Maka di sinilah, perjuangan mereka yang terdahulu perlu diteladani dan corak kepimpinan mereka perlu dicontohi serta dipraktikkan oleh umat Islam khususnya di Malaysia. Pastikan pemimpin yang dipilih itu adalah yang terbaik serta amanah dalam mentadbir urus negara, maka dengan ini barulah umat Islam akan digeruni musuh dan disenangi kawan.
 
 


Download : Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama

Download Maharaja Lawak Mega minggu pertama disini. Maharaja lawak mega menyaksikan gabungan pelawak dari indonesia, malaysia dan singapura. Antara yang terlibat adalah kumpulan Pimai (Sathiya, Imuda dan Mat Over), Hiro (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), Anje (Achong Sweet Child dan Joey Daud) dan Osbon (Mr Os dan Abon).

Turut menyertainya kumpulan BP-Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri), Rap (Aziz Kota, Pak Lah Cecupak, dan Rama), Comel (Radhi Khalid dan Bell Ngasri) dan 3G (Yassin, Didie Alias dan Enot) manakala Adlin Aman Ramli dan Jalil Hamid masing-masing tampil sebagai peserta solo.Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah mengambil langkah berani untuk melakukan kolaborasi melalui kumpulan Syok yang membabitkan penyertaan Suhaimi (Singapura) dan Arif Sudin (Indonesia).

Sementara kumpulan Gebu (Hani dan Azian) mewakili Singapura manakala Lanun (Jegan, Elyas dan Salman-Al Farisi), Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas),Saehu (Eko, Bocil, Vicha) dan kumpulan Caer (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana) mewakili Indonesia.

KEPUTUSAN & VIDEO KLIP MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU PERTAMA
Download Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama
Mediafire

——Rar Password : syokdownload.com

Terkini!!! : (7 Gambar) Aaron Aziz Berlakon Dalam Filem Prince Of The City

Aaron Aziz akan berlakon dalam filem inggeris bertajuk Prince Of The City.Roslan Hussin. Aaron akan memegang watak sebagai seorang pembunuh upahan  Michael Madsen, untuk membunuh watak yang dilakonkan oleh Jehan Miskin. Pelakon-pelakon lain yang terlibat dengan filem ini ialah Julian Cheah, Tara Wallers dan Yang Kassim. Jom lihat beberapa gambar adegan lakonan Aaron Aziz dalam Prince of the city.







Live!!! : Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Di Youtube


Saksikan youtube maharaja lawak mega minggu pertama secara live. Pertandingan Maharaja Lawak Mega minggu pertama telah selesai  dan menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelawak dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Maharaja lawak mega ni telah dihoskan oleh Ac Mizal.
 
Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada kumpulan Pimai yang dianggotao oleh Sathiya, Imuda dan Mat Over), Hiro (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, Anje (Achong Sweet Child dan Joey Daud), Osbon (Mr Os dan Abon), kumpulan Lanun (Jegan, Elya dan Salma Al-Farisi),, BP- Bawal Power (Bob Kuman dan Sobrie), RAP (Azoz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), Comel (Radhi Khalid dan Bell Ngasri), 3G (Yassin, Didie Alias dan Enot), Adlin Aman Ranlie dan Jalil Hamid. 

Juri tetap Maharaja Lawak Mega ialah Dato’ Chef Wan, Zainal Abidin Hassan dan Dato’ Siti Nurhaliza. Dan juri jemputan untuk minggu 1 ialah Imran Ajmain. Tiada penyingkiran bagi minggu yang pertama.

Negeri Sembilan VS Terengganu Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011

Terengganu akan menentang Negeri Sembilan bagi perlawanan final piala malaysia pada 29 oktober 2011. Segala teka teki akan terjawab bagi siapa bakal menjuarai piala malaysia 2011. Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu, malam ini.

 

Siaran langsung di saluran TV1 dari Stadium Shah Alam itu bermula jam 8.40 malam, menurut kenyataan RTM. Perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini berlangsung di Stadium Shah Alam berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Friday, October 28, 2011

Panas!!! : Wisma FAM Kena Simbah cat Merah Kerana Harga Tiket



Gambar wisma FAM kena lempar cat merah kerana harga tiket piala malaysia yang meningkat dan agak mahal. Taktik ‘amaran ala ‘ah long’ terhadap peminjam’ atau vandalisme dengan membaling cat menimpa Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, awal pagi semalam.

Ia dipercayai ada kaitannya dengan kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini. Plastik yang mengandungi cat merah dilempar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga terkena pada bumbung Wisma FAM di Kelana Jaya Lima bungkus plastik mengandungi cat merah dilempar oleh empat lelaki bermotosikal dari luar kawasan wisma itu kira-kira pukul 3.30 pagi sehingga pecah dan melimpahkan isinya, lalu mengotori lantai pintu depan wisma, serta memercik dan bertompok pada dinding tingkat satu serta bumbung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More