Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Sunday, July 31, 2011

Berlian Terbesar Di Dunia





Fakta Ringkas: 

  • Dijumpai pada 26 Januari 1905 di Afrika Selatan. Berlian ini dinamakan sebagai Cullinan Diamond.
  • Ketika dijumpai, ia mempunyai berat 3106 karat. Sebagai perbandingan, cincin berlian biasa yang dijual di pasaran mempunyai berat hanya sekitar 1-2 karat. Cincin yang mempunyai berat melebihi 3 karat sudah dianggap sebagai besar dan mewah. Inikan pula melebihi 3000 karat!
  • Berlian ini sudah dipotong sebanyak 3 kali, Cullinan I, Cullinan II dan Cullinan III. Potongon yang paling besar dikenali sebagai Star of Africa (merupakan yang kedua terbesar di dunia) dan kini dipamerkan di Tower of London.

sumber: http://arenaphoto.blogspot.com

Restoran McDonald's Pertama Di Dunia

Okey, hari ni sejarah pasal McDonald's, restoren pertama McD yang dibuka di San Bernardino pada tahun 1940. Macam biasa, info selanjutnya ada di bawah..


Fakta Ringkas:
  • Diasaskan oleh 2 beradik Richard "Dick" J. McDonald and Maurice "Mac" McDonald yang berasal dari Manchester, New Hamsphire. Mereka berketurunan Irish
  • Mereka bermula dengan membuka sebuah gerai menjual hot-dog yang dipanggil Airdrome di Monrovia, California pada tahun 1937. 
  • Hasil daripada keuntungan di Airdrome, dua beradik ini bersama bapa mereka, Patrick Macdonald kemudiannya membuka sebuah restoren barbeku drive-in pada tahun 1940 di San Bernardino, California
  • Untuk lebih spesifik, restoren ini dibuka pada tanggal 15 May 1940 di Route 66, dekat 14th and E St.
  • Ini merupakan restoren McD pertama mereka yang mengaut keuntungan $366.12 pada hari pertama pembukaannya.
  • Sebanyak 25 menu makanan dihidangkan, kebanyakannya makanan jenis barbeku. Manakala seramai 20 orang pekerja diperlukan untuk mengurus operasi restoren.
  • Siapa sangka, daripada hanya sebuah gerai menjual hot-dog di tepi jalan, kini terdapat lebih daripada 30 ribu restoren McD diseluruh dunia!





sumber: http://www.xtimeline.com, http://perez-mar-100.blogspot.com, http://www.faqs.org

Jumlah Penduduk Malaysia Kini Hampir 28 Juta Orang


Jumlah penduduk lelaki melebihi jumlah penduduk wanita!
Fakta Ringkas:
  • Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100.
  • Statistik itu berdasarkan laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010. 
  • Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang.   (Hmm, betulke ni? Bukanka pmpuan lebih ramai dari lelaki?)
  • Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000.
  • Kerajaan mempunyai target untuk mencapai jumlah 70 juta penduduk menjelang 2020.

Ilusi Optik - Perempuan Kerdil


Dalam gambar di atas ini, imej wanita tua yang kelihatan nampak sangat kecil dan kerdil walaupun wanita ini sebenarnya bersaiz seperti wanita biasa. Anda punya idea bagaimana imej di atas boleh terhasil? Sila lihat solution nya di bawah.

Trick

Yang penting ialah bagaimana kerusi dan wanita itu diletakkan. Selebihnya terletak pada bagaimana posisi angle gambar itu diambil. Ianya tanpa sebarang teknik photoshop!

sumber:http://www.eyetricks.com

Kitab Al-Quran Ditulis Guna 24 Liter Darah Saddam Hussein



Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein.

Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.

Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.

Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.

 Fakta Ringkas: 
  • Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan' di sini.
  • Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud.
  • Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya.
  • Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.
  • Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun.

Hotel 7 Bintang Burj Al Arab


Merupakan hotel 7 Bintang pertama seumpamanya di dunia ini. Terletak di atas pulau buatan di pesisir pantai Jumeirah, Dubai.


Bayangkan saja, harga penginapan paling murah adalah RM6000 semalam manakala harga termahal boleh mencecah lebih dari RM20 000 semalam! Gila!

Jom kita usha apa yang best nya hotel Burj Al Arab ini.

Burj Al Arab Two-bedroom deluxe suite
Pintu masuk ke Royal Suite. Ni untuk kerabat raja!
Royal Suite yang serba mewah
Lagi gambar Royal Suite
Burj Al Arab presidential suite bathroom- ini bilik air!
Jacuzzi
Pintu masuk Burj Al Arab presidential suite bathroom
Burj Al Arab Assawan Spa & Health Club
Ballroom
Al Mahara Restaurant
Bilik tidur biasa
Lagi bilik tidur biasa
Atrium hotel yang mempunyai 50 tingkat
Al Muntaha restaurant

Tempat Parking Kereta Teranggih!


Kan bagus kalau ada tempat parking macam ni dekat Malaysia? Nampak effisien dan kemas. Tak serabut dan suram memanjang!



Info Ringkas:
  • Dipanggil sebagai Autodast, merupakan tempat parking untuk kereta-kereta Volkswagen di kilang mereka di Jerman
  • Mempunyai 2 menara berketinggian 48 meter dengan setiap satu mempunyai 20 tingkat.
  • Setiap menara berkapasiti 400 tempat parking dengan sekitar 600 kereta diparking setiap hari.
  • Tempat parking ini adalah automatik sepenuhnya. Sebuah sistem conveyor canggih dan motor serta elevator berkapasiti tinggi digunakan untuk mengangkut kereta ke ruang parking.
  • Kini, bangunan ini juga turut menjadi ikon pelancongan baru di Jerman. Pelancong boleh melawat tempat ini menggunakan sebuah kontena kaca (lihat gambar di bawah) selama 15 minit sehingga sampai ke puncak menara 20 tingkat ini.
Kontena kaca untuk pelawat
 Lagi gambar-gambar menarik:








sumber: http://birdiesalva.wordpress.com, http://blogs.asiantown.net, http://www.leussink.com.au

Rekod-Rekod Fakta Piala AFF




Senarai Negara yang Pernah Meraih Piala AFF:
  1. Juara Piala AFF 1996: Thailand 
  2. Juara Piala AFF 1998: Singapura
  3. Juara Piala AFF 2000: Thailand
  4. Juara Piala AFF 2002: Thailand
  5. Juara Piala AFF 2004: Singapura
  6. Juara Piala AFF 2007: Singapura
  7. Juara Piala AFF 2008: Vietnam 
  8. Juara Piala AFF 2010: Malaysia

Senarai Pemain Terbaik Piala AFF:
  1. 1996: Zainal Abidin Hassan (Malaysia) 
  2. 1998: -
  3. 2000: Kiatisuk Senamuang (Thailand)
  4. 2002: Therdsak Chaiman (Thailand)
  5. 2004: Lionel Lewis (Singapura)
  6. 2007: Noh Alam Shah (Singapura)
  7. 2008: Duong Hong Son (Vietnam) 
  8. 2010: Firman Utina (Indonesia) 

Senarai Pemenang Kasut Emas Piala AFF:
  1. Piala AFF 1996: Netipong Srithong-in-7 gol
  2. Piala AFF 199: Myo Hlaing Win-4 gol
  3. Piala AFF 2000: Gendut Donny Christiawan, Worrawoot Srimaka-5 gol
  4. Piala AFF 2002: Bambang Pamungkas-8 gol
  5. Piala AFF 2004: Ilham Jaya Kesuma-7 gol
  6. Piala AFF 2007: Mohd Noh Alam Shah-10 gol
  7. Piala AFF 2008: Budi Sudarsono, Agu Casmir, Teerasil Dangda-4gol
  8. Piala AFF 2010: Mohd Safee Mohd Sali-5 gol

Friday, July 29, 2011

10 Tanda-Tanda Anak Anda Bijak

my baby genius

Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius. Walaupun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi seorang yang Genius, namun masih terdapat beberapa panduan untuk mengukur sejauh mana bijaknya anak-anak anda.
10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :-

1. Mengekalkan Maklumat

  • Jika kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.
  • Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

2. Minat yang meluas

  • Minda anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah seterusnya.

3. Membaca dan Menulis di awal usia

  • Anak anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik

  • Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.

5. Menunjukkan Konsentrasi

  • Kanak-kanak biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan konsentrasinya terhadap sesuatu.

6. Mempunyai ingatan yang baik

  • Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.

7. Susun kata yang maju berbanding usia

  • Kanak-kanak yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
  • Misalnya anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?

8. Memberi perhatian yang terperinci

  • Kanak-kanak yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu berubah kedudukan dan sebagainya.

9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya

  • Kanak-kanak di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah dirinya.

10. Memahami konsep yang rumit

  • Kanak-kanak yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit, melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.
  • Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.

p/s – Berbanggalah dengan anak-anak anda. Semua kanak-kanak adalah bijak, terpulang kepada kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkannya.

Kereta-Kereta Mewah Yang Terbuang Di Dubai


Orang - orang arab di Dubai ni kaya bebeno gamaknye kan? Ape je yang takde..semua ada..dari padang pasir ke taman salji. Memang senang lenang betulla hidup mereka.. Tapi macam terlalu membazir la kan? Kenapa ScaZ cakap membazir?

Cuba tengok gambar kat bawah nie..







bukan calang calang jenis kereta yang terbiar beb,, Ferrarri,, Merc, BMW,, uissshhh.. itu yang kat parking lot,, yang kat tempat kompaun? agaknya, asal kene  kompaun je malas nak tebus, beli je yang baru...

Wednesday, July 27, 2011

Siapa Akan Menggantikan Safiq Rahim?

Siapakah akan menggantikan Safiq Rahim dalam perlawanan timbal balik antara Malaysia dan Singapura pada hari esok? Mesti korang semua tertanya-tanya soalan yang sama kan...


mana tak nye, ini perlawanan yang penting untuk skuad bolasepak kebangsaan dan juga kita semua sebagai rakyat Malaysia yang dah lama menyimpan harapan melihat pasukan kita beraksi dalam PIALA DUNIA (FIFA WORLD CUP).

Esok,team Harimau Malaya mesti baham Gajah Singa Putih 2-0 untuk sahkan tiket ke peringkat seterusnya dalam kempen kelayakan piala dunia ni. Tapi ketiadaan kapten pasukan, Safiq Rahim agak menyukarkan sedikit misi ni. Ini yang membuat kan Rajagobal tak dapat tidur 2 hari sejak semalam....


"ape ni reff? saya kiss die pon tak boleh ke?
Takpe-takpe..korang semua jangan risau. Aku rasa aku dah jumpa dah pengganti Safiq Rahim untuk perlawanan esok. Kompem yang terbaik beb. Team Singapore jangan harap laaa nak dapat satu gol pon okehh..

Individu yang aku jumpa ni mempunyai abiliti yang sama macam si Safiq Rahim iaitu mampu merembat bola ke arah gawang dengan tepat daripada jarak 100 ela. Part lencong jangan cakap laa...memang tak tercapai dek akal wooo....hebak gilakk wa cakap lu!

Nak tau siapa? meh sini aku tunjukkan kat kome semua....scroll bawah lagi


l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V

TADAAAAA!!!!
perkenal kan.....
!!!MASKED MAN!!!
membidik sasaran......dup dap dup dap

merembat dengan penuhhhh skil dan itu dia....GOL !!
Yeahhhh!! Gol beb....tahniah kepada beliau. hebat memang hebat. Kepada jurulatih skuad kebangsaan, Rajagobal...sila lah rekrut pemain ni dengan segera. Dengar cerita, Newcastle pon nak gunakan khidmat dia untuk musim depan.

Ni yang buat aku makin tak sabar nak tengok Harimau Malaya mengamuk kat Bukit Jalil esok!! Jom ramai-ramai support pasukan kita....Go Malaysia Go !!! 


p/s: aksi ni dirakam di sebuah padang di Universiti Teknologi Petronas (UTP)

SUMBER: UTP Daily










Meningkatkan Traffic ke Website Alexa Rank dan Traffic Google Unlimited 24 / 7

Terhangat!!!

Ia dikatakan Traffic ke Website Fully Automatic, No Manual, No Klik. Anda mendapatkan banyak pengunjung setiap hari dengan hanya surfing di laman web lain. Mendapatkan paparan laman setiap hari, anda akan meningkatkan alexa rank dan hasil google anda halaman lebih popular dan semakin baik kedudukan anda akan mendapatkan
Traffic ke website

Traffic ke Website Laman web ini merangkumi

  1. Referral/Downline Sistem (Lihat orang lain dan mendapatkan Kredit Extra) yuran 50% (0,25 Kredit Per Surf Referral)
  2. 15 Seconds Automatic Timer
  3. 2:1 Nisbah (Mungkin perubahan ini ke 1:1 atau 10:09 ketika kita mendapatkan lebih ahli)
Jadi saya berharap anda akan mendaftar di laman web ini dan mula surfing dan merujuk untuk mendapatkan kedudukan yang baik dan Search Engine Optimization.

Klik dan daftar sekarang...!!! 
Klik pada banner di wah nie untuk daftar...!!!

Perlu Ke Berkenalan Dengan Blogger Lain??

Perlu ke berkenalan dengan blogger lain? Dengan yakinnya, aku jawab PERLU!.


SATU..

Sebenarnya, bila kita buat blog. Secara automatik, kita dah jejakkan diri kita dalam komuniti blog, yang terdiri daripada beribu-ribu orang.

Bila kita duduk dalam tempat yang luas, susah kita nak hidup kalau takde kawan kan? Sama jugak dengan arena blog. Dunia blog ni sangat luas. Kalau korang rasa boleh hidup sorang2, tanpa bantuan dan sokongan blogger lain, korang silap.

Aku sendiri pun masa mula-mula jejakkan kaki dalam blogger, aku blur. Tak tau macam mana nak mula. Mujurla aku ada sifu, yang ajari aku selok-belok dunia blog. Tanpa dia, aku rasa aku berblog separuh jalan je kot.


DUA..

Mesti ada yang kata camni, "Ala, kalau tak faham apa-apa pasal blog boleh google".

Aku tak nafikan tu. Aku pun banyak belajar pasal blog, hasil daripada pertolongan pakcik Google. Tapi hakikatnya, Google semata-mata pun tak cukup.

Sebagai manusia, kita ada perasaan. Kita akan rasa lebih hidup bila kita berinteraksi dengan manusia jugak. Melalui hubungan dua hala, bloggers dapat support, dan bagi semangat antara satu sama lain dengan lebih efficient.


TIGA..

Aku dapat rasakan, interaksi antara bloggers sangat penting. Itulah salah satu sebabnya aku tubuhkan Bloggers Chat Room (BCR). Supaya blogger-blogger dapat berkumpul, berkongsi ilmu, disamping boleh berkenalan di antara satu sama lain.

Secara personal, aku takde masalah kat bloggers yang anjurkan gathering. Bahkan aku turut support. Benda ni suatu yang bagus. Baru la kita nampak, blogger bukanlah mereka yang wujud dalam dunia maya semata-mata.

Tapi, masa gathering tu biarlah kita tetap jaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, dan jangan langgar waktu solat. Ye dak?


EMPAT..

So, kalau korang rasa korang mampu survive dalam dunia blog ni sorang-sorang, korang teruskanla. Tapi aku yakin, kalau macam tu yang korang amalkan. Korang tak kan lama dalam dunia blog ni. Percayalah..!!

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 1432 Hijrah 2011


Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 1432 Hijrah 2011


Tarikh melihat anak bulan Ramadhan tahun 2011 ni adalah pada hari ahad, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Kalau korang tengok kalender, tahun ni dijangka puasa 29 hari je. 30 hb Ogos dah raya. Sangat jarang kita puasa 29 hari kan?


"Ala,kalendar tu tak semestinya betul. Entah2 malam ni tak nampak anak bulan."


Tahu tak korang, kaedah melihat hilal melalui dua cara, iaitu hisab (kiraan astronomi) dan rukyah (lihat secara terus).

Berdasarkan dua kaedah ni, takwim bulan Ramadhan dan Syawal dapat dibentuk. Iaitu dengan data-data yang direkod daripada tahun yang sudah-sudah.

So, walaupun takwim dah ditentukan. Namun, rukyah tetap dibuat, sebagai pelengkap bagi penentuan tarikh bulan Ramadhan dan Syawal. Lepas tu barulah pengisytiharaan boleh dibuat.

Spielberg Didenda RM737.47 Kerana Bot Laju



KAPAL mewah milik Steven Spielberg yang berharga RM1.06 bilion.


PORTO CERVO, Sardinia - Pengarah filem terkenal, Steven Spielberg didenda 172 euro (RM737.47) oleh pihak berkuasa pengawal pantai Itali selepas bot laju miliknya berada terlalu dekat dengan pantai, lapor sebuah akhbar semalam.

Speilberg yang merupakan seorang bilionair didenda kerana dia mengganggu orang ramai yang bercuti di tepi pantai baru-baru ini.Pengarah filem yang berusia 64 tahun itu membuat bising sehingga mengganggu ketenangan para pelancong di tepi pantai di La Maddalena.

Para pelancong yang berjemur di tepi pantai itu kemudian bertindak menghubungi polis dan pengawal pantai kerana bunyi bising dari bot laju Spielberg.Pengarah filem itu didenda kerana bot lajunya itu melanggar peraturan maritim.

Ketika kejadian, Spielberg membawa seorang aktres, Gwyneth Paltrow bersiar-siar dengan bota lajunya.
Bot laju itu bergerak dari sebuah kapal persendirian mewah milik pengarah filem tersebut yang berharga AS$359.58 juta (RM1.06 bilion).

Spielberg yang pernah mengarahkan filem Jaws dan Saving Private Ryan dikatakan meminta maaf kepada anggota-anggota pihak berkuasa pengawal pantai.

"Saya meminta maaf. Saya Steven Spielberg. Saya tidak mengetahui peraturan," kata pengarah filem itu.
Menurut seorang anggota pengawal pantai, Vincenzo Petrella, Spielberg menawarkan untuk membayar denda itu kepadanya.Namun, katanya, dia memberitahu pengarah filem itu bahawa wang tersebut perlu dibayar di sebuah pejabat pos

Sumber : Kosmo!

10 Lokasi Bunuh Diri Paling Terkenal di Dunia



Bunuh diri adalah penyebab kematian ke-13 tertinggi didunia,
dan berada di tempat ke-3 di kebanyakan negara yang mempunyai ramai penduduk di antara usia 10-24 tahun. Dipercayai bahawa seramai 815,000 orang membunuh diri setiap tahun di seluruh dunia yang bererti satu kematian bagi setiap 40 saat. Berikut merupakan 10 lokasi bunuh diri terkenal di dunia:


1. Golden Gate Bridge,san fransisco california (Lebih dari 1500 kes bunuh diri)



2. Beachy Head,East sussex england (Lebih dari 500 kes bunuh diri setahun)



3.Clifton Bridge,North Somerset, England (lebih dari 500 kes bunuh diri setahun)



4.Aurora Bridge,Seattle washington (lebih dari 220 kes bunuh diri setahun)



5. Humber Bridge,Near kingston England (Lebih dari 200 kes bunuh diri setahun)
 

  
6. Brooklyn Bridge,Brooklyn new york (ratusan kes bunuh diri setahun)



7. Jacques Cartier Bridge,Montreal Quebec canada (lebih dari 140 kes bunuh diri setahun)


8. Sunshine Skyway Bridge,Tampa bay Florida (lebih dari 120 kes bunuh diri setahun)



9. Throgs Neck Bridge,The Bronx,Bayside, Queens, New York City (lebih dari 40 kes bunuh diri setahun)



10. Verrazano-Narrows Bridge,Staten Island – Brooklyn, New York City ( lebih dari 30 kes bunuh diri setahun)


sumber: http://juandry.blogspot.com, http://terselubung.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More