Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, June 30, 2011

7 Gangster Wanita Paling Brutal Di Dunia

Wanita selalu dikaitkan dengan sifat lemah lembut, sopan dan keibuan. Tiada yang lebih indah didunia ini melainkan wanita dan mereka selalu dianggap makhluk yang lemah dan memerlukan perlindungan lelaki. Yang akan anda lihat di bawah adalah sebaliknya, mereka wanita-wanita yang menjadi pemimpin dalam dunia Gangster. Mereka yang menyatakan bahawa dunia penjenayah adalah permainan para lelaki adalah telah silap setelah melihat profil wanita – wanita ini. Persepsi anda terhadap wanita mungkin akan berubah


Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang)

Dengan pimpinan seorang wanita tidak bererti bahawa organisasi seperti Keluarga Moran tidak boleh menerajui geng mereka untuk mengubah Melbourne menjadi Dodge City. Judy Moran, adalah wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster terbesar di Melbourne. Dia gelar sebagai “family matriarch”.


Xie Caiping (dipenjara, 2009-sehingga sekarang)

Hampir setahun yang lalu, kota Chongqing Cina mengeluarkan tindakan keras terhadap kejahatan kongsi gelap, sebuah operasi besar-besaran yang menangkap hampir 1500 ahli kongsi gelap, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping. Sebagai bos, Caiping menjalankan kasino haram dan bertanggung jawab untuk menjaga semua kegiatan dibandar itu.


Sandra Avila Beltran (dipenjara 2007-sehingga sekarang)

Dengan gelaran seperti “Ratu Pasifik,” Sangat sukar untuk membayangkan Sandra Beltran seorang lanun laut lantaran wajahnya yang cantik. Disingkatkan cerita, Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi “GodMother” Mexico. Bapa saudaranya adalah ketua kartel penyeludupan dadah Mexico. Dia mendapat gelaran itu kerana dia adalah penghubung antara kartel Valle del Norte colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu mengembangkan jalan penyeludupan di sepanjang Pantai Pasifik Mexico. Sandra dipenjara dengan menghadapi tuduhan kejahatan kongsi gelap, kegiatan wang palsu dan konspirasi menyeludupan dadah.


Rosetta Cutolo (dipenjara 1993-sehingga sekarang)

Wanita ini menjadi gangster kerana saudaranya ditangkap polis Itali. Dia meneruskan bisnes yang diceburi saudaranya itu. Dia menjadi ketua kongsi gelap yang paling dicari di Itali kerana dia termasuk dalam senarai nama keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah menyerang balai polis Itali pada tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai pelarian sehingga akhirnya menyerah.


Maria Licciardi (dipenjara, 2001-sehingga sekarang)

Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua marga Licciardi, dan “Capo di Tutti Capi” gangster dari Napoli. Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih konsisten, dan lebih menguntungkan dalam segala usaha mereka. Mungkin sumbangannya yang paling penting, adalah memperkenalkan pelacuran di Camorra. Padahal sebelum itu, ada beberapa jenis etika yang melarang mafia mendapatkan wang dari pelacuran. Hal ini nampak bertentangan dengan pemikiran seorang wanita yang selalunya penghalang pelacuran.

Maria Leon (dipenjara 2010-sehingga sekarang)

Seorang ibu 44 tahun dengan 13 anak-anak mungkin didengari tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi ketua pengedar ubat bius terbesar yang menguasai timur laut Los Angeles dan Beirut. Dia mengatur bisnesnya pada waktu yang sama dia memberikan pendidikan untuk anak-anak nya.


Griselda Blanco (status tidak diketahui sehingga sekarang)

Ketika berusia 11, dia menculik anak orang kaya yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya dengan harapan mendapatkan wang tebusan. Malangnya, ibubapa anak yang diculiknya itu menyatakan tidak mahu memberikan wang tebusan menyebabkan dia menembak tebusan itu.Setelah berpindah ke New York dari Colombia pada 70-an dan memulakan kariernya dalam penyeludupan dadah, Blanco pindah ke Miami untuk mengelak dakwaan keatasnya. Di sanalah dia menjadikan Miami sebagai ibukota kokain di Amerika Syarikat.
Blanco dipercayai telah mendalangi lebih dari 200 pembunuhan selama pembabitannya, termasuk (kemungkinan besar) ketiga suaminya. Pada tahun 1988, ia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun penjara. dia Kemudiannya dibebaskan pada tahun 2004, ia dilaporkan kembali ke Colombia dan tidak pernah dilihat lagi sejak itu.

Tips Melupakan Orang Yang Dicintai

Jika putus cinta atau bercerai tentu ramai yang merana kerananya. kecuali jika anda seorang yang kuat semangat.Ataupun jika anda merasa senang untuk mendapatkan pengganti.Bukan mudah nak mengambil keputusan untuk bercerai terutama jika ada anak-anak yang akan menjadi mangsa perceraian ibu bapa.

Tetapi jika sudah tidak boleh lagi nak dielakkan maka anda harus berusaha untuk melupakan bekas kekasih atau bekas suami.Yang paling susah adalah memadamkan kenangan yang bersarang dihati sebab setelah lama hidup bersama tentu sudah banyak suka duka yang dilalui.



Broken Heart Red Cartoon Images


Cara-cara berikut mungkin boleh membantu anda untuk melupakan bekas kekasih atau bekas suami :

1. Anggap dia tidak pernah wujud.
Ini mungkin susah sikit jika anda mempunyai anak. Maksudnya walaupun anda mempunyai anak dengan bekas suami anda mestillah kuatkan hati dan anggap semuanya tidak pernah berlaku. Bukannya untuk menidakkan hak suami untuk bersama dengan anak. Lebih mudah untuk melupaka bekas suami atau bekas kekasih jika dia yang melukakan hati anda terlebih dahulu.

Berhentilah berangan yang dia masih lagi milik anda dan janganlah anggap mereka sempurna dan jangan terkena pujuk rayunya, maka hubungan anda akan terjalin kembali sedangkan hati sakit mengenangkan setiap perbuatannya. Aggap sajalah dia tidak pernah wujud dalam hidup anda, dan kalau anda masih sanggup menerima perbuatannya yang menyakitkan hati maka anda kembalilah..! Tapi jangan harap dia akan berubah 100%.

2. Tutup buku.
Tutup serapat-rapatnya semua perkara yang pernah anda lakukan bersamanya jika anda benar-benar mahu berpisah dengannya. Anda harus ingat bahwa anda mahu menamatkan semuanya, anda mungkin akan bertemu dengan orang lain yang lebih tepat untuk anda, itu tidak mustahil. Jangan sesekali bertemu dengannya lagi jika sudah berpisah.

3. Jangan hubunginya lagi.
Ini satu perkara yang mesti anda amati, apabila anda memutuskan untuk menamatkan sesuatu perhubungan ambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius. Jangan sesekali hubunginya lagi kecuali jika anda ingin rujuk kembali, tetapi biarlah anda fikirkan semasak-masaknya segala keputusan yang akan anda ambil nanti.
Memang susah untuk melupakan seseorang yang sudah terlalu lama hidup bersama kita yang pernah kita cintai tetapi ianya bukan mustahil. jangan ber SMS atau email atau telefon dan jangan bertanya dengan kawan-kawan yang mengenalinya.

4. Sibukkan diri.
Anda akan punya banyak masa untuk diri sendiri, anda boleh sibukkan diri dengan pergi gim atau berjoging atau boleh juga mengikuti bengkel atau kelas yang anda minati yang anda tak berkesempatan untuk ikuti dahulu. Jika anda rajin ke gim tubuh badan anda akan jadi lebih sihat dan cantik, dan tak mustahil anda akan dapat pengganti yang lebih baik dengan lebih cepat. Kalau takpun sekurang-kurangnya anda akan merasa sentiasa sihat dan cergas.

5. Lupakan semuanya.
Memang kadang-kadang anda harus berhati kering untuk melupakannya. Ini semua untuk kebaikan anda juga, membuang semua memori agak sukar jika anda adalah seorang yang melankolis. Tetapi sampai bila anda nak berkeadaan seperti itu? Mungkin dia sedang bersenang-senang dengan orang lain apagunanya anda bersedih dan menyimpan memori cinta luka lagi. Belajarlah menjadi orang yang kuat pada hati dan tubuh badan.

6. Jauhi kawan-kawannya.
Anda perlukan pengorbanan jika serius mahu melupakan semuanya. Hal ini mungkin agak sukar terutama jika kawan-kawan dan keluarganya memang rapat dengan anda. Tetapi ianya baik untuk diri anda sendiri, dan jauhi juga tempat-tempat yang biasa anda pergi bersama. Hal ini memerlukan masa tetapi jika anda cekal anda mampu melakukannya. Biarlah hal ini berlalu dan anda jangan jadi orang yang lemah semangat dan jadi gila talak. Anggaplah semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.

7. Jangan simpan barang-barangnya.
Apabila anda sudah maju kehadapan jangan sesekali berpatah balik atau menoleh kebelakang lagi. Apabila anda mulai mengingati kembali kenangan-kenangan bersamanya, apa sahaja barangan yang diberikan atau gambar-gambar ia akan mengingatkan lagi anda kepadanya. Simpan saja gambar-gambar kenangan tersebut disebuah tempat yang berkunci dan jangan sesekali melihatnya kembali.

8. Keluar bersama kawan-kawan atau anak-anak.
Kenangan seringkali membuatkan kita terbuai-buai dengan perasaan. Apabila kenangan datang menjelma kita takkan merasa kuat untuk menahannya. Tetapi hal ini dapat diatasi jika anda benar-benar mahu melupakan segala perbuatannya yang menyakitkan hati anda. Keluarlah dengan kawan-kawan atau ajaklah anak-anak pergi bercuti ketempat-tempat yang anda tak pernah pergi. Mungkin hal itu akan dapat membuatkan anda melupakannya, jangan pulak menjadi sedih kerana anda tak dapat lagi bercuti dengannya. Buang jauh-jauh bayangan dirinya, dan hadapi hidup yang baru. Anda mampu melaluinya jika anda mahu dan anda harus bersedia untuk itu.

9. Pergi beriadah.
Mungkin sewaktu anda masih bersama dengannya anda tak pernah atau jarang beriadah. Maka inilah masanya untuk melakukan semua itu. Pergilah beriadah dan bersukan supaya anda merasa senang tidur dimalam harinya. Jangan peruntukkan masa untuk berangan lagi dengan bekas suami atau bekas kekasih.

10. Selalu ingat perkara buruk dan hal yang menyakitkan yang telah dilakukannya.
Jika anda masih selalu memikirkan dirinya mungkin susah untuk anda meneruskan kehidupan baru tanpa dirinya. Jangan sesekali mengenang segala kemanisan sebab nanti anda akan sakit menanggung rindu dan menjadi gila talak pulak.

Yang berlalu biarlah berlalu, jodoh anda mungkin tidak panjang dengannya tetapi bukan bererti hidup anda sudah berakhir disini. Jangan fikirkan ini yang anda dapat setelah segala cinta dan pengorbanan yang anda berikan padanya, jika anda berfikir demikian anda akan mengasihani diri sendiri dan anda tidak akan dapat meneruskan kehidupan yang masih panjang.
Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya…

Ketahui Personaliti Jenis Darah Anda

Ramai memperkatakan tentang cara mengenal personaliti, dan terkini, masyarakat Jepun melalui agensi cari jodohnya menggunakan teknik mengenal pasti personaliti mengikut jenis darah. Personaliti melalui jenis darah kedengaran agak pelik? Mari sama-sama kita lihat.




1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.
2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.


3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.


4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

Wednesday, June 29, 2011

Restoran Mak Nenek?!

Penah x  dengar pasal restaurant maid/ maido sama?
selalunya awek cun2 kan...kali ni sebuah kedai japan ni telah membuat sedikit perubahan dengan menggunakan nenek sebagai maid-o-sama mereka.

kedai seperti ini leh dijumpai di tengah-tengah  bandaraya tokyo,
kat mana korang cari la k.:P

pelayan-pelayan tersebut terdiri daripada orang tua betul dan ada yang menggunakan samaran sahaja

agak-agak mana satu muda, mana satu betul-betul tua?

ni betul2 tua kan?

dari luar kedai ni, kedai nenek

comel kan?


aktiviti... bayang kan nenek menari kat korang. comel kan

menari nek jgn x nari

Mercedes Bersalut Emas




Dimiliki oleh salah seorang jutawan di negara Arab Saudi

Berani ke parking kt kl camni? hoho...

Bagi mase 5 min je..terus lesap kena kebas huhu...

Terlalu kaya sampai kereta pun nak dibuat dari emas..





Meninggal Dunia 2 Kali


 

Perempuan Russia ini, Fagilyu Mukhametzyanov, meninggal akibat serangan jantung setelah terperanjat semasa tersedar dan mengetahui bahawa dia dikatakan telah meninggal dan sedang dipersiapkan untuk dikebumikan.

Ketika para saudara-maranya di sekeliling kerandanya yang terbuka dan sedang berdoa, perempuan yang disangka telah meninggal itu tiba-tiba bangun. Tentu saja semua yang hadir terperanjat. Dia mula menjerit apabila menyedari dimana dia berada, iaitu dalam keranda.

Fagilyu Mukhametzyanov, yang berusia 49 tahun itu, tersilap dikatakan meninggal dunia oleh doktor.

Sayangnya, ia hanya hidup kembali untuk selama 12 minit. Dia kemudian meninggal untuk kedua kalinya dan selamanya.Suaminya, Fagili Mukhametzyanov, 51 tahun, diberitahu bahawa isterinya meninggal akibat serangan jantung setelah dia pengsan di rumah setelah mengeluh sakit dada.

Mukhametzyanov, sebagaimana dikutip dari The Daily Mail, Khamis (23/6/2011), berkata, “Matanya terbeliak dan kami bergegas membawanya semula ke hospital tetapi dia hanya hidup selama 12 minit dalam perawatan intensif sebelum dia meninggal lagi, kali ini untuk selamanya.

Saya sangat marah dan inginkan jawapan. Dia tidak meninggal ketika mereka (pihak hospital) mengatakan dia sudah meninggal dan mereka boleh menyelamatkannya.” Sementara itu, pihak hospital hanya mengatakan, “Kami sedang melakukan penyiasatan.”

Tuesday, June 28, 2011

Perkakasan Rumah Bersaiz Gergasi


















8-Bit Video Game Characters In Real Life

After so many years, I can still vividly remember the day when I got my first gaming console NES. It was one of the happiest days of my life! For those who doesn’t know, NES is an 8-bit video game console that was released back in 1983 by Nintendo. And now, more than 15 years since its release, London-based artist Aled Lewis created a mash-up of video game characters and photographic scenes.

Double Dragon


Duck Hunt


Street Fighter 2


Zelda


Mario Kart


Mike Tyson’s Punch Out


Lemmings


Donkey Kong


Sonic The Hedgehog


Ecco The Dolphin


Skifree


Exitebike

Karak 2011 Movie Download

Kepada anda yang belum menonton filem karak 2011. Anda boleh download movie karak 2011 disini secara online. Berikut adalah sedikit sinopsis mengenai filem karak 2011.

Sinopsis Karak 2011
Empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak. Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.

Download Movie Karak 2011
http://hotfile.com/dl/121743172/6955f19/Karak.2011.DVDRip.Jiwang.ORG.avi.001.html
http://hotfile.com/dl/121743186/268ed63/Karak.2011.DVDRip.Jiwang.ORG.avi.002.html
http://hotfile.com/dl/121743197/6c8456c/Karak.2011.DVDRip.Jiwang.ORG.avi.003.html

Thursday, June 16, 2011

Rekabentuk Pejabat Yang Pelik Tapi Menarik

Sekarang ni, macam2 ada yang kat dunia. Pejabat tempat orang bekerja pun dah berubah bentuk kepada lebih menarik tetapi pelik.

Mari kita tengok design pelik yang dibuat oleh orang.
office00 Rekabentuk Pejabat Yang Pelik Tapi Menarik

Itu yang ada gambar jerung, yang ni plak rekabentuk office dalam gua.
office01 Rekabentuk Pejabat Yang Pelik Tapi Menarik

Selain tu, ada lagi ni, pejabat ala2 istana.
office05 Rekabentuk Pejabat Yang Pelik Tapi Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More