Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (378) Al-Quran (22) Amazing (69) Anak (41) Bahaya (44) Contest (1) Crazy (98) Doa (14) Download (75) E-Book (4) Fotografi (3) Garage Sale (3) Hiburan (238) Hidayah (20) Hot's (144) Ibadah (15) Info (444) Jahitan (5) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (31) Kenderaan (47) Kesihatan (109) Kisah Benar (17) Kisah Sufi (14) Kitab (8) Lawak (82) Misteri (25) Most (62) Movie (83) Nabi Muhammad S.A.W (41) Ngeri (156) Novel (7) Pelancongan (2) Pelik (108) Pendidikan (283) Peraduan (1) Personal (134) Pertahanan (7) Rawatan Islam (3) Renungan (87) Resepi (39) Scarf / Shawl (8) Sejarah (35) Semasa (232) Sempoi (222) SEO (4) Seram (27) Sukan (126) Syiah (3) Teknologi (60) Tips (38) Top (10) Tudung (8) Tutorial (78) Ulama (24) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (20)
There was an error in this gadget

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, August 6, 2013

Cara Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2013 Program Ijazah Dalam Negara

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2013 Program Ijazah Dalam Negara secara Online. Adalah Dimaklumkan Bahawa Permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Di Bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Bagi Mengikuti Pengajian Peringkat Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara Bagi Sesi 2013/ 2014 Dijangka Akan Dibuka Pada Minggu Keempat Bulan Ogos 2013.

Biasiswa-JPA-PIDN

IPTA Tajaan JPA
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah adalah seperti berikut:
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)
IPTS Tajaan JPA
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Ijazah sahaja adalah seperti berikut:
  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Syarat Kelayakan
(a) Syarat-syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2013;
(iii) Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(iv) Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian (Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau tahun kedua (2) dan ke atas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; dan
(v) Tahun pertama peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).

(b) Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)
1.SPM 2012
-Minimum 7 A- termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu
-untuk Diploma
2.Bagi pelajar tahun satu dan ke atas di IPTA adalah menggunakan CGPA terkini
-CGPA 3.30
-untuk Ijazah Pertama
3.Bagi tahun satu dan ke atas di IPTS dan Kampus Cawangan adalah menggunakan CGPA terkini atau setara
-CGPA 3.50 / 70% / HD / B
-untuk Ijazah Pertama
4.Matrikulasi/Asasi/STPM
-CGPA 3.75
-untuk Ijazah Pertama
5.Diploma/Lepasan Diploma
-CGPA 3.5
-untuk Ijazah Pertama

Cara Permohonan PIDN JPA
Permohonan boleh dibuat di laman http://esilav2.jpa.gov.my/ dijangka pada minggu keempat bulan ogos 2013.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2014

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2014

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More