Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (340) Al-Quran (21) Amazing (60) Anak (39) Bahaya (41) Contest (1) Crazy (73) Doa (9) Download (75) E-Book (2) Fotografi (3) Garage Sale (3) Hiburan (220) Hidayah (20) Hot's (117) Ibadah (10) Info (358) Jahitan (5) Jawatan Kosong (1) Jimak (2) K-Pop (31) Kenderaan (28) Kesihatan (72) Kisah Benar (13) Kisah Sufi (11) Kitab (8) Lawak (72) Misteri (21) Most (61) Movie (82) Nabi Muhammad S.A.W (31) Ngeri (123) Novel (7) Pelancongan (2) Pelik (99) Pendidikan (231) Peraduan (1) Personal (111) Pertahanan (5) Rawatan Islam (3) Renungan (74) Resepi (5) Scarf / Shawl (8) Sejarah (29) Semasa (188) Sempoi (188) SEO (1) Seram (27) Sukan (86) Syiah (3) Teknologi (35) Tips (22) Top (10) Tutorial (67) Ulama (23) Ustaz Azhar (35) WallPaper (1) Yahudi (18)
There was an error in this gadget

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, May 17, 2013

Menarik! Borang Permohonan Kad Kredit Guru BSN 1 Teachers Card Credit


Borang Permohonan kad kredit BSN untuk guru ( 1 Teachers Card Credit ). Pihak BSN menawarkan kad kredit istimewa untuk guru sahaja bagi menghargi jasa seorang guru. Terdapat pelbagai faedah menarik menanti semua guru di Malaysia dengan memiliki kad kredit tersebut.

kad-kredit-guru

Objektif
YAYASAN Guru Malaysia Berhad (YGMB) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) memperkenalkan kad kredit 1 TeachersCard yang menawarkan caj kewangan paling rendah di pasaran di samping pelbagai ganjaran serta keistimewaan yang menarik.

Faedah Menarik
  • Pemegang kad ini bakal menikmati caj Kewangan atau fi Kemudahan serendah 8.88 peratus setahun dan yuran tahunan percuma seumur hidup, tanpa sebarang syarat.
  • Kad Kredit 1 TeachersCard turut menawarkan Pakej Penulisan Wasiat pada harga istimewa RM300 berbanding harga biasa RM350 di samping pemberian percuma Kad Touch n’ Go BSN Zing PLUSMiles untuk pemegang kad utama.
  • Sebagai ganjaran kepada ahli baharu, pemegang kad utama akan diberi RM50 tunai manakala pemegang kad tambahan pula menerima RM25 apabila kad diaktifkan dan digunakan untuk sebarang urusan dalam masa 60 hari dari tarikh kad dikeluarkan.
  • Ganjaran tunai akan dikreditkan terus ke dalam akaun kad kredit pemegang kad.
  • Kad ini turut memberi mata ganjaran yang tiada tarikh luput sebanyak satu mata untuk setiap seringgit bagi perbelanjaan runcit di dalam negara dan dua mata bagi setiap seringgit untuk perbelanjaan runcit di luar negara.
  • Permohonan untuk kad kredit jenis Emas MasterCard yang ditawarkan dengan pilihan Kad Islamik atau Konvensional ini juga dibuka kepada guru yang baru tamat kursus perguruan dengan syarat perlu menyertakan salinan surat penempatan mengajar.
Borang Permohonan Kad Kredit Guru BSN
Dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah salinan kad pengenalan, penyata gaji terkini dan salinan pas pekerja.

Untuk memohon kad kredit 1 TeachersCard, dapatkan borang permohoanan di cawangan BSN, layari laman www.mybsn.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1300-88-1900.

Bagi pertanyaan mengenai manfaat keahlian YGMB, sila hubungi 03-41058679 atau layari www.ygmb.com.my

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More