Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (374) Al-Quran (22) Amazing (69) Anak (41) Bahaya (44) Contest (1) Crazy (92) Doa (14) Download (75) E-Book (4) Fotografi (3) Garage Sale (3) Hiburan (237) Hidayah (20) Hot's (142) Ibadah (14) Info (430) Jahitan (5) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (31) Kenderaan (42) Kesihatan (107) Kisah Benar (17) Kisah Sufi (14) Kitab (8) Lawak (82) Misteri (25) Most (62) Movie (83) Nabi Muhammad S.A.W (41) Ngeri (150) Novel (7) Pelancongan (2) Pelik (104) Pendidikan (270) Peraduan (1) Personal (132) Pertahanan (7) Rawatan Islam (3) Renungan (87) Resepi (36) Scarf / Shawl (8) Sejarah (35) Semasa (217) Sempoi (216) SEO (4) Seram (27) Sukan (121) Syiah (3) Teknologi (58) Tips (36) Top (10) Tudung (8) Tutorial (78) Ulama (24) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (20)
There was an error in this gadget

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, March 18, 2013

Hebat! Kelebihan Ciri Samsung Galaxy S4

galaxy s4

Berlalu sudah majlis pelancaran Samsung Galaxy S4 di New York, Amerika Syarikat. Ianya dipersembahkan melalui persembahan lakonan dan muzik oleh kumpulan okestra bagi menunjukkan ciri-ciri terbaru telefon berkenaan kepada umum.

Samsung Galaxy S4 sebelum ini telah diwar-warkan kehadirannya malah terdapat beberapa gambar tersebar sebelum pelancarannya yang didapati agak tepat. Kecuali beberapa spesifikasi yang belum dipastikan terhadap kebocoran itu.

Seperti yang diketahui melalui beberapa kebocoran maklumat sebelum ini, telefon terbaru dari Samsung ini datang dengan beberapa spesifikasi yang hebat. Antaranya ianya dikuasai dengan pemproses lapan teras Exynos5 Octa ( 1.6 GHz Cortex-A15 empat teras & 1.2 GHz Cortex-A7 empat teras). RAM sebesar 2GB dan memori dalaman yang terdiri dari 16GB, 32GB dan 64GB dengan sokongan tambahan kad memori. Berikut merupakan spesifikasi rasmi dari acara berkenaan.

spec

Jika kita lihat dari segi fizikal, sekali imbas didapati model terbaru Samsung ini tidak menampakkan perbezaan yang ketara dengan model Samsung Galaxy S3. Namun Samsung memperkenalkan beberapa ciri-ciri menarik terbaru pada telefon mereka ini.

Antaranya adalah S Transalator iaitu keupayaan menterjemah bahasa yang menyokong beberapa bahasa ( setakat ini ianya tidak menyokong bahasa Malaysia) yang turut juga diadaptasi ke aplikasi lain seperti mesej dan emel. Aplikasi S Voice pula kini dipertingkatkan dengan sokongan pemanduan GPS.

Apa yang menarik, ciri yang diberi nama S Voice Drive ini turut akan memberitahu anda rumah rakan-rakan anda jika sewaktu anda sedang menggunanya, anda menghampiri rumah mereka. Malah sewaktu di dalam kereta anda boleh menjawab panggilan dengan arahan suara dan juga bertanya soalan padanya.

dual video call

Dual camera pula diperkenalkan bagi membolehkan anda merakam video dari kedua-dua kamera utama dan kedua dalam waktu yang sama. Selain itu ciri ini juga dapat digunakan sewaktu anda sedang membuat panggilan video.

Ciri smart scroll/pause pula mengesan pergerakkan mata anda. Contohnya jika anda sedang menonton video, jika anda tidak memandang skrin ketika itu secara automatik video yang anda mainkan akan berhenti sebentar. Ciri Air view pula adalah sama yang terdapat pada Galaxy Note 2.

Contohnya di Note 2, sewaktu S Pen anda berada di atas gambar, gambar tersebut akan terapung (hover), sebaliknya Galaxy S4 tidak memerlukan S Pen, ianya hanya menggunakan jari anda untuk melakukannya. Lagi satu ciri ialah Air gesture dimana anda dapat menggerakkan skrin tanpa menyentuhnya. Hanya gerakkan tangan anda dia atas skrin.

air gesture

Ini merupakan beberapa ciri-ciri yang dapat kami huraikan serba sedikit. Untuk ulasan penuh mengenai telefon ini, sila nantikan di laman blog kami apabila telefon ini tiba untuk pasaran Malaysia nanti. Menurut Samsung, ianya akan mula dipasarkan pada akhir bulan April nanti. Telefon ini ditawarkan dengan warna hitam dan putih.

s3s4
S4 kiri dan S3 kanan, Kredit gambar : CBS Interactive
 
sumber : malayandroid

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2014

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2014

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More