Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (373) Al-Quran (22) Amazing (69) Anak (41) Bahaya (44) Contest (1) Crazy (92) Doa (14) Download (75) E-Book (4) Fotografi (3) Garage Sale (3) Hiburan (237) Hidayah (20) Hot's (142) Ibadah (14) Info (426) Jahitan (5) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (31) Kenderaan (37) Kesihatan (106) Kisah Benar (17) Kisah Sufi (14) Kitab (8) Lawak (82) Misteri (25) Most (62) Movie (83) Nabi Muhammad S.A.W (41) Ngeri (150) Novel (7) Pelancongan (2) Pelik (104) Pendidikan (269) Peraduan (1) Personal (132) Pertahanan (7) Rawatan Islam (3) Renungan (85) Resepi (36) Scarf / Shawl (8) Sejarah (35) Semasa (213) Sempoi (216) SEO (4) Seram (27) Sukan (121) Syiah (3) Teknologi (58) Tips (31) Top (10) Tudung (8) Tutorial (78) Ulama (24) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (20)
There was an error in this gadget

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, February 18, 2013

Berita Terkini Pencerobohan Di Lahad Datu Sabah


Berita terkini pencerobohan tentera Filipina Di Lahad Datu Sabah. Tidak dinafikan lagi bahawa kedatangan kumpulan itu telah membuat penduduk cemas dan segala aktiviti harian dihadkan. Kumpulan itu digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Mereka juga kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan Sabah secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.

lahad-datu-gambar

Dianggarkan lebih 100 orang mendarat di pantai lahad datu menggunakan bot dan bersenjata. Pihak polis kini mengambil pendekatan ‘berhati-hati’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Pada ketika ini rundingan sedang berjalan dan diharap penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin. Kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan polis akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. Selain itu, pihak polis yakin bahawa rundingan akan berjaya dilakukan secara aman agar dapat menghantar mereka keluar dari negara ini secepat mungkin.

Update Terkini 16 Februari 2013
Kerajaan Filipina menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka

Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur, Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu. Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat diperairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan.

Update Terkini 17 februari 2013
Pencerobohan kumpulan bersenjata oleh 100 lelaki warga Filipina di Lahad Datu, Sabah yang bermula minggu lalu semakin menghampiri penghujungnya. Kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Tentera DiRaja Kesultanan Sulu dikatakan bersetuju untuk meninggalkan Sabah. Perkembangan itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun memberitahu, kumpulan itu ada meletakan syarat untuk bertemu dengan satu individu tertentu sebelum bergerak keluar. Polis Sabah enggan memberikan nama indvidu yang dimaksudkan itu.

Setakat ini, kerajaan Malaysia dan polis telah memperlihatkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menangani kes pencerobohan berkenaan dengan toleransi dan dialog berterusan.

Syabas para pembela negaraku!

2 comments:

tidak terdapat sebarang berita setelah tempoh 3 hari yg d berikan oleh kerajaan malaysia supaya askar-askar diraja "kesulatanan suluk i berundur" apakah malaysia telah bersetuju dengan permintaan askar2 tersebut?mohon admin siarkan paparan berita seterusnya

tidak terdapat sebarang berita setelah tempoh 3 hari yg d berikan oleh kerajaan malaysia supaya askar-askar diraja "kesulatanan suluk i berundur" apakah malaysia telah bersetuju dengan permintaan askar2 tersebut?mohon admin siarkan paparan berita seterusnya

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2014

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2014

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More