Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (373) Al-Quran (22) Amazing (69) Anak (41) Bahaya (44) Contest (1) Crazy (91) Doa (14) Download (75) E-Book (4) Fotografi (3) Garage Sale (3) Hiburan (236) Hidayah (20) Hot's (141) Ibadah (14) Info (419) Jahitan (5) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (31) Kenderaan (36) Kesihatan (106) Kisah Benar (17) Kisah Sufi (14) Kitab (8) Lawak (82) Misteri (25) Most (62) Movie (83) Nabi Muhammad S.A.W (41) Ngeri (149) Novel (7) Pelancongan (2) Pelik (104) Pendidikan (263) Peraduan (1) Personal (132) Pertahanan (7) Rawatan Islam (3) Renungan (85) Resepi (36) Scarf / Shawl (8) Sejarah (35) Semasa (209) Sempoi (215) SEO (4) Seram (27) Sukan (121) Syiah (3) Teknologi (58) Tips (30) Top (10) Tudung (8) Tutorial (78) Ulama (24) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (20)
There was an error in this gadget

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, December 8, 2011

Kisah Benar Mendapat Haji Mabrur Hanya Didepan Pintu Rumah


Ketika Abdullah bin Mubarak melakukan haji, beliau tertidur di Masjidil Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun dari langit. Berkata seorang malaikat kepada seorang lagi :
“Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?”
Berkata malaikat yang seorang lagi : “Enam ratus ribu orang.”

Bertanya malaikat yang bertanya :”Antara 600,000 ribu orang yang berhaji itu berapakah yang diterima haji mereka?”
Berkata malaikat yang menjawab : “Di antara 600,000 ribu itu hanya seorang sahaja hajinya diterima, namanya ialah Muwaffaq dia tinggal di Damsyik. Dia adalah seorang tukang kasut, dia tidak dapat berhaji tetapi hajinya diterima. Maka berkat haji Muwaffaq kesemua 600,000 yang mengerjakan haji diterima.”

Abdullah yang sedang tidur terkejut dari tidurnya maka dengan segera dia berangkat ke Damsyik, sampai sahaja dia di Damsyik dia mencari-cari tukang kasut yang disebutkan dalam mimpinya dan akhirnya dia dapat mencari rumah tukang kasut itu. Apabila sampai di hadapan pintu rumah tukang kasut itu,maka Abdullah mengetuk pintu. Pintu pun di buka dan keluar seorang lelaki dari dalam.
Abdullah bertanya lelaki itu : “Apa nama saudara.” Berkata lelaki itu :”Nama saya Muwaffaq.” Abdullah bertanya : “Tolong terangkan kepadaku amalan apakah yang telah kamu lakukan sehingga mencapai darjat yang tinggi?”

JawabMuwaffaq : “Sebenarnya aku ingin menunaikan haji, tetapi oleh sebab keadaanku maka aku tidak dapat menunaikan haji. Tetapi dengan cara mendadak aku mendapat wang 300 dirham dari kerja menampal sepatu, lalu aku niat untukberhaji pada tahun ini.
“Isteriku pula sedang hamil, suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ia ingin memakan makanan yang terbau itu (mengidam), lalu aku pergi ke rumah jiranku dan aku ketuk pintu. Kemudian keluar seorang wanita, maka aku pun beritahu hajat isteriku itu kepadanya.”

Jiranku itu berkata : “Oleh kerana kamu tidak tahu keadaanku maka aku terpaksa memberitahumu, sebenarnya anak-anak yatim ku sudah tiga hari tidak makan oleh itu aku keluar mencari makanan. Sewaktu aku mencari makanan akubertemu dengan bangkai himar, maka aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini adalah halal untuk kami dan haram untuk kamu.”
Apabila aku dengar sahaja kata-kata wanita itu maka aku pulang ke rumah dan mengambil 300 dirham yang ada padaku lalu aku berikan kapada wanita itu danaku katakan kepadanya : “Belanjakan wang ini untuk anak-anakmu. Dan aku berkata pada diriku : Hajiku di muka pintu rumahku (Rumah jiranku) maka kemanakah aku akan pergi.”

Wahai saudara-saudaraku, Allah tidak memandang pada harta yang kita miliki tetapi ia memandang pada niat yang suci.
Pernah orang bertanya kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan akan masuk syurga.”

Sabda Rasulullah SAW : “Jadilah kamu orang yang baik.”
Orang itu bertanya lagi : “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini telah berbuat baik?”
Sabda Rasulullah SAW :
“Tanyalah pada jiran tetanggamu, kalau mereka berkata kamu baik, maka baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu.”

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2014

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2014

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More