Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (373) Al-Quran (22) Amazing (69) Anak (41) Bahaya (44) Contest (1) Crazy (91) Doa (14) Download (75) E-Book (4) Fotografi (3) Garage Sale (3) Hiburan (236) Hidayah (20) Hot's (141) Ibadah (14) Info (419) Jahitan (5) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (31) Kenderaan (36) Kesihatan (106) Kisah Benar (17) Kisah Sufi (14) Kitab (8) Lawak (82) Misteri (25) Most (62) Movie (83) Nabi Muhammad S.A.W (41) Ngeri (149) Novel (7) Pelancongan (2) Pelik (104) Pendidikan (263) Peraduan (1) Personal (132) Pertahanan (7) Rawatan Islam (3) Renungan (85) Resepi (35) Scarf / Shawl (8) Sejarah (35) Semasa (209) Sempoi (215) SEO (4) Seram (27) Sukan (121) Syiah (3) Teknologi (58) Tips (30) Top (10) Tudung (8) Tutorial (78) Ulama (24) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (20)
There was an error in this gadget

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Sunday, November 13, 2011

Hukum Menjilat Kemaluan Isteri Dalam Islam


Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan :
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.
Perbincangan ringkas
Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.
Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.
Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.
Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.
Kesimpulan
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.
2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.
3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)
4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”
Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak Fikirkan…

28 comments:

BAGI SAYA KEMALUAN SUAMI ISTERI ADALAH KOTOR TU...EEEEHHH...ADA NAJIS ...AIR TAHI PUN KENA KAT SANA..TAKKAN KAU NAK JILAS..GILA..EEEHH

hehehe...masing2 pikirla...style masing2...

tak pasal2 budak yang jilat lolipop tu glamer

Kalau demi membahagiakan pasangan dan tidak dihukumkan haram oleh agama, serta demi menjaga keharmonian rumahtangga, kenikmatan bersuami isteri serta mampu menghalang kepada perbuatan zina.... apa salahnya? Walaubagaimanapun .... ikut preference masing2 dan kena fahami keperluan dan kehendak pasangan kita. InsyaAllah rumahtangga aman bahagian sehingga ke akhir hayat... Kalau kita fikir kemaluan pasangan kita tu kotor tak payah lah nak berjimak.... so tak payah lah kawin...!!!

yang cakap geli tue xpenah rasa tue..bile da rase baru taw geli ke tak =x

alhamdulilah.. persoalan ada yang terjawab.. terima kasih.. Assalam..

Byk persoalan terjawab. Terimakasih. Demi menjaga keharmonian rumahtangga supaya lebih mesra dan sebagai penambahbaikan semasa bersama. Ianya cuma salah satu dr cabang pengukuhan ikatan suami isteri. Semoga dgn penjelasan yg diberikan membuat kita lebih yakin dan tenang.

good info , tenkiu ... kelako baca komen2 yg lain

sedap ke jilat2 ni...xpenah rasa pon..tp yg pasti, yg kena jilat yg sedap kan....

Info yg bagus utk kharmonian rmhtgga demi meraptkn hubungan suami isteri. Kbersihan diri msg2 wajib djaga.... Rugilah suami/isteri yg x prnh merasainya...

allah huakbar,shokrun saya ucapkan artikel diatas

manteb gan.. artikelnya
trimakasih dah sharing.. :D

Selalu tengok cerita lucah sebab tu la terpengaruh jilat2 kemaluan ni. Yang penting tukang jilat rasa sedap. apatah lg yg kena jilat, boleh terangkat dibuatnya..hehehe..

hahaha...ada betulnya ada lucunya komen2 d sini...apa2 pun info yg sangat menarik ^_0 thanx

Hmm..sometimes it's too good to resist..

kalaulah dah kemaluan itu kotor, dubur itu kotor, maka jika solat, solatnye x diterima dan tidak sah sbb dlm keadaan bernajis. x gitu ustaz n ustazah sekalian..??

hehehe ala tepuk dada tanya nafsu- klu nak buat buat la klu x nak tak nak la
dari dok buat dosa besaq buat yg kecik .. tuhan ampunkan dosa kecik kalau tak buat dosa besaq..dosa besaq ia atu perbuatan yg diancam dengan hukuman berat spt bunuh dll.. yang x d amcam tu kire dosa kecik la..dosa kecik akan gugur dengan sendiri dengan cara mengambil wudhuk, sembahyang jumat ker jumat dan banyak cara lg.. klu nak tau lebih baca Ihya Ulumuddin dan Enam Hadis sahih tu..
takat faham org cakap jer tak jadi la...hehehe sori

LAKUKAN LA JIMAK ITU MENGIKUT SEHARUSNYA DAN JAUHI LA ZINA. JIKA PROSES JIMAQ ITU MEMERLUKAN KAEDAH YANG DIHARUSKAN DAN DIBOLEH WALAU PUN MENGUCUP PADA ALAT ALAT DAN KAWASAN YANG MEMBERANGSANGKAN ASALKAN TIDAK MELAMPAUI BATAS MAKA LAKUKAN LAH. KUCUP LAH DAN TERUS MENGUCUP SAMBIL BERKATA KATA DENGAN PERKATAAN YANG MENYENANGKAN PASANGAN MAASING2.PASANGAN YG TUA KITA NMPAK MUDA DAN BERSYUKURLAH DAN BERTAUBAT LAH SELEPAS BERJIMAK...INSYAALLAH SEDAP NIMATNYA DAN PASTI MNDPT BERKAT.KERANA RAHMAT ALLAH ITU MELEBIHI KEMURKAANYA KPD MEREKA YG BERIMAN.KPD YG TAK BERIMAN....CARILAH SINAR KIMANAN ITU

Andainya ia dibolehkan,maka bolehlah isteri yg sedang uzur membantu suaminya yg berkeinginan pd masa itu.pastikan isteri tidak tertelan dan semuanya berada dlm keadaan bersih,demi menjaga hubungan yg baik antara suami isteri.

best nyer biler kena jilat .......

This is What Women Really Like !!
Kenikmatannya Terasa Hingga ke Subuh !! >>> CLICK HERE !!

wallahualam...
Islam itu indah..yang mana baik jadikan tauladan..yg buruk jadikan sempadan..
Jangan wat dosa sudah..tq utk komen2 uols semua! :))

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2014

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2014

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More