Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (387) Al-Quran (22) Amazing (69) Anak (43) Bahaya (44) Contest (1) Crazy (105) Doa (14) Download (75) E-Book (4) Fotografi (3) Garage Sale (3) Hiburan (253) Hidayah (20) Hot's (154) Ibadah (15) Info (456) Jahitan (5) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (31) Kenderaan (47) Kesihatan (115) Kisah Benar (17) Kisah Sufi (14) Kitab (8) Lawak (83) Misteri (25) Most (62) Movie (83) Nabi Muhammad S.A.W (43) Ngeri (157) Novel (7) Pelancongan (2) Pelik (110) Pendidikan (294) Peraduan (1) Personal (138) Pertahanan (7) Rawatan Islam (4) Renungan (88) Resepi (39) Scarf / Shawl (8) Sejarah (37) Semasa (245) Sempoi (226) SEO (4) Seram (27) Sukan (130) Syiah (3) Teknologi (73) Tips (38) Top (10) Tudung (8) Tutorial (78) Ulama (26) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (20)
There was an error in this gadget

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, August 9, 2011

Buffet Ramadhan 2011 | Senarai Hotel dan Restoran di Johor Bahru


Salam 1 Malaysia,
Selain Baazar Ramadhan, berbuka di Hotel dan Restoran juga menjadi pilihan Rakyat Malaysia. Biasanya ketika bulan Ramadhan macam ni, kebanyakan Hotel dan Restoran juga turut mempromosikan Buffet Ramadhan yang menawarkan pelbagai aneka makanan lazat dan memikat selera. Mungkin nak mengubah selera berbuka di luar, apa salahnya sekali sekala mencuba promosi berbuka puasa Buffet Ramadhan ini. 

Ketika bujang dulu, aku pernahlah juga makan kat Buffet Ramadhan macam nih. Tu pun bersama rakan-rakan sekerja. Tahun 2011 ni, survey juga kalau ada tawaran Buffet Ramadhan yang menarik. Bestnyer Buffet Ramadhan ni, korang boleh makan sebanyak mana yang korang larat hanya dengan sekali bayaran. Tapi jangan tamak, ada juga yang mengenakan caj jika makanan yang dimakan tidak dihabiskan. Tapi tu kes terpencil la, kebanyakannya habis licin.

Memandangkan aku kat Johor Bahru, aku nak kongsikan serba sedikit informasi Senarai Hotel dan Restoran yang menawarkan Promosi Buffet Ramadhan sepanjang bulan Ogos 2011 ni berdasarkan survey aku.

Senarai Promosi Buffet Ramadhan Hotel dan Restoran di Johor Bahru..

1. Hotel Century, Jalan Pelanduk, off Jalan Harimau

  • Arabian dishes
  • Beef Kurma, Lamb Kuzi, Nasi Bahmia dan Nasi Kabuli
  • RM46 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak berumur 6 – 12 tahun
  • Tempahan, hubungi 07-333 3300.

2. Hotel Thistle

  • kuih-muih, appetizers, favourite kampung and regional dishes, barbecued meats dan seafood.
  • RM75.00++ (dewasa) dan RM35.00++ (kanak-kanak) 6 tahun ke atas
  • Tempahan, hubungi 07-222 9234

3. Hotel Grand Blue Wave

  • Pelbagai hidangan seperti Meldrum Nasi Briyani dengan Special Ayam Kuzi, Kambing Masak Merah, Roasted Whole Lamb, Stuffed Lamb bersama  Nasi dan Sup Gearbox
  • RM55++ (dewasa) dan RM35++ (kanak-kanak)
  • Tempahan, hubungi 07-221 6666.

4. Hotel New York

  • Kambing Golek, Special Durian Goreng dan pelbagai aneka hidangan
  • RM52 (dewasa) dan RM22 (kanak-kanak) antara 5 – 11 tahun
  • Tempahan, hubungi 07-331 1588

5. Hotel Mutiara

  • Hidangan Western aneka makanan tempatan seperti Ketupat Palas, Lemang, Rendang Tok, Serunding Daging, Briyani Gam Johor, Ikan Tenggiri Berlada, Siput Sedut Lemak Kuning, Chicken Lasagnadan juga Sushi yang dihidangkan bersama Wasabi dan Kikkoman sauce
  • RM68++ (dewasa) dan RM40++ (kanak-kanak) berusia antara 4 – 12 tahun
  • Tempahan, hubungi 07-330 0300

6. Hotel M Suites

  • Roasted Lamb, Ikan Bakar, Kebab, Asam Pedas, Briyani Rice, Satay dan pelbagai jenis kari
  • Tempahan, hubungi 07-221 1000.

7. Selesa Hotel

  • RM45++ (dewasa) dan RM25++ (kanak-kanak).
  • Lebih lanjut dan urusan tempahan, hubungi 07-332 3999.

8. Pulai Springs Resort

  • Buffet Ramadan ala selera kampung
  • Terdapat lebih 90 hidangan pilihan seperti Kerabu Pucuk Paku, Black Bean Crab, Roasted Beef dengan Mushroom Sauce, Roasted Lamb dan Lala Berlada. Termasuk pencuci mulut kuih muih tempatan seperti Seri Muka, Pulut Hitam dan Kuih Ketayap
  • RM67++ (dewasa) dan RM40++ (kanak-kanak).
  • Tempahan, hubungi 07-5212121 ext 4713.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2014

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2014

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More