Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (374) Al-Quran (22) Amazing (69) Anak (41) Bahaya (44) Contest (1) Crazy (92) Doa (14) Download (75) E-Book (4) Fotografi (3) Garage Sale (3) Hiburan (237) Hidayah (20) Hot's (142) Ibadah (14) Info (430) Jahitan (5) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (31) Kenderaan (42) Kesihatan (106) Kisah Benar (17) Kisah Sufi (14) Kitab (8) Lawak (82) Misteri (25) Most (62) Movie (83) Nabi Muhammad S.A.W (41) Ngeri (150) Novel (7) Pelancongan (2) Pelik (104) Pendidikan (270) Peraduan (1) Personal (132) Pertahanan (7) Rawatan Islam (3) Renungan (86) Resepi (36) Scarf / Shawl (8) Sejarah (35) Semasa (217) Sempoi (216) SEO (4) Seram (27) Sukan (121) Syiah (3) Teknologi (58) Tips (36) Top (10) Tudung (8) Tutorial (78) Ulama (24) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (20)
There was an error in this gadget

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Saturday, March 19, 2011

Tanda-Tanda "Mati Pucuk"


APAKAH tanda-tanda seseorang itu menghidapi penyakit mati pucuk?

INGIN TAHU
Setiawangsa,
Kuala Lumpur


Apabila gagal mencapai ketegangan alat sulitnya atau ereksi yang padat dan kekal secukupnya untuk melakukan seks penetratif dengan pasangan wanita, seseorang lelaki itu dikatakan mengalami ‘mati pucuk’.

Mati pucuk ialah tanda atau simptom penyakit atau masalah kesihatan yang menyebabkan kegagalan pencapaian ereksi. Mati pucuk bukan penyakit! Ia simptom penyakit! Satu ketika, mati pucuk dikaitkan dengan gangguan fikiran dan lelaki yang mengalaminya biasa menyatakan mereka tidak terangsang, seolah-olah mengaitkan masalah mereka kepada pasangan.

Sebenarnya mereka berhajat untuk bersama dengan pasangan, tetapi tidak mampu kerana ereksi tidak berlaku atau ereksi tidak kekal. Baru sekarang lelaki faham masalah ini ada kaitan dengan kurangnya kemasukan darah ke dalam ruang otot zakar yang menyebabkan kandungan darah tidak cukup untuk memadatkan zakar dan mengekalkan ereksi untuk tujuan persetubuhan.

Sebilangan besar masalah mati pucuk (lebih 80 peratus) disebabkan masalah kesihatan. Jadi apa-apa masalah kesihatan yang menyebabkan kekurangan darah masuk ke dalam otot zakar ketika lelaki berhajat melakukan persetubuhan boleh menyebabkan mati pucuk.

Sebagai contoh, penyakit yang menyebabkan pembuluh darah sempit seperti ‘arterioscelerosis’ yang ada kaitan dengan peningkatan kolesterol dan lemak dalam darah yang berpunca daripada amalan tidak sihat seperti makan makanan mengandungi banyak lemak dan kolesterol, merokok kerana kandungan kimia dan nikotin menyebabkan dinding salur darah tercerut, serta tidak atau kurang mengamalkan senaman dan tekanan.

Sumber,
Dr. Ismail Thamby
(Pakar Sakit Tuan)

1 comments:

salam.
dr ismail,

saya nak bertanya, saya hilang keupayaan utk erecksi secara tibe2 ketika sedang bersama isteri saya. lebih mendukacitakan lagi saya baru berkahwin seminggu. apa yg pelik, sy boleh erect kalau sy mengurutnya atau die naik pada waktu malam. sy tidak ada ape2 masalah kesihatan, alhamdulillah. harap dr, dapat membantu.

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2014

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2014

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More