Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (368) Al-Quran (22) Amazing (68) Anak (40) Bahaya (44) Contest (1) Crazy (91) Doa (12) Download (75) E-Book (4) Fotografi (3) Garage Sale (3) Hiburan (236) Hidayah (20) Hot's (140) Ibadah (14) Info (417) Jahitan (5) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (31) Kenderaan (36) Kesihatan (106) Kisah Benar (17) Kisah Sufi (14) Kitab (8) Lawak (82) Misteri (25) Most (62) Movie (83) Nabi Muhammad S.A.W (39) Ngeri (149) Novel (7) Pelancongan (2) Pelik (104) Pendidikan (262) Peraduan (1) Personal (132) Pertahanan (7) Rawatan Islam (3) Renungan (85) Resepi (31) Scarf / Shawl (8) Sejarah (35) Semasa (208) Sempoi (215) SEO (4) Seram (27) Sukan (120) Syiah (3) Teknologi (56) Tips (29) Top (10) Tudung (8) Tutorial (78) Ulama (24) Ustaz Azhar (35) Video (4) WallPaper (1) Yahudi (19)
There was an error in this gadget

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Saturday, March 19, 2011

Kencing Keluar Darah Pekat



SAYA terima banyak pertanyaan mengenai penyakit hematospermia, oleh itu saya jelaskan penyakit itu kali ini untuk renungan bersama serta memudahkan penghidapnya mengenal pasti simptom, sekali gus membuat rawatan awal sebelum berlarutan ke tahap lebih kritikal.

Hematospermia sebenarnya adalah darah dalam air mani. Sememangnya ia adalah keadaan yang menakutkan, lebih-lebih lagi jika darah itu kelihatan pekat dan jelas walaupun tiada terasa apa-apa kesan yang menyakitkan.


Jika terasa sakit, mungkin ia disebabkan salur kencing terluka dan mendatangkan kesan ketika membuang air kecil. Jika luka itu belum sembuh, darah juga akan kelihatan dalam air kencing. Jadi ini bermakna darah itu datang dari pundi yang menghasilkan air mani. Pundi prostat menyumbang 70 hingga 75 peratus daripada air mani, pundi seminal vesicle pula menyumbang 20 peratus dan yang lain daripada pundi epididimis, pundi cowpers, pepundi daripada salur kencing dan dua peratus daripada buah kerandut.

Cecair yang keluar dari pancutan awal datang daripada pundi prostat dan jika darah kelihatan dari ejakulasi awal, ia datang daripada pundi prostat. Pancutan yang kesudahannya datang daripada pundi seminal. Radang pundi prostat atau ‘prostatitis’ punca utama hematospermia dan radang itu berlaku akibat jangkitan. Jarang hematospermia akibat ketumbuhan prostat dan ini boleh dikenal pasti melalui pemeriksaan dengan alat pengimbas atau ‘ultrasound’.

Selain kandungan darah dalam air mani, simptom radang prostat ialah terasa tidak selesa selepas ejakulasi dan kencing tidak lancar selepas ejakulasi.
Salah satu sebab jangkitan boleh berlaku dalam pundi prostat ialah menahan atau mengemut ketika ejakulasi berlaku, macam seolah-olah menahan daripada cepat klimaks.

Cara ini membuatkan sedikit cecair dari salur kencing termasuk semula ke dalam salur pundi prostat dan jika kebetulan ada kuman dalam salur kencing di kawasan pundi prostat, kuman itu akan termasuk dan membiak dan menyebabkan berlakunya radang pundi prostat. Jika mahu elak mendapat radang pundi prostat, elok jangan menahan ejakulasi. Jika mahu kawal ejakulasi daripada berlaku cepat, lebih baik mengawal pergerakan ereksi dalam faraj!

Penyakit ini juga boleh berulang dan biasanya akan diberi antibiotik doxycycline, paracetemol dan ural effervescent granules untuk kelegaan. Bagaimanapun, penyakit sebegini tiada kaitan dengan ereksi seseorang dan ia juga tidak mengganggu sistem alat kelamin.

Sumber,
Dr. Ismail Thamby
(Pakar Sakit Tuan)

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2014

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2014

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More